Gara-gara PAS... PKR terbahagi dua kata Rafizi...Satu Takut Hilang Kuasa Satu Lagi....?

Krisis baru melanda PKR selepas pimpinan parti itu kini terpecah kepada dua kumpulan iaitu yang menyokong usaha berunding dengan PAS dan yang mahu PKR komited dengan Pakatan Harapan atau dalam kata lain lupakan PAS bersedia untuk pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyenaraikan pemimpin-pemimpin PKR yang menyokong dan tidak menyokong rundingan dengan PAS yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Ikut senarai tersebut yang tidak setuju berunding dengan PAS adalah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua Pemuda), Datin Tan Yew Kew (Bendahari), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Datuk Johari Abdul (Ketua Whip PKR) dan William Leong.

Manakala yang setuju dengan move Azmin itu ialah Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar dan Dr Shaharuddin Badaruddin.

Pemimpin lain termasuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, anggota Biro Politik PKR R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi).

Dalam kenyataan di blognya, Rafizi mendakwa PKR kini terbahagi dia berikutan konflik kerjasama antara dengan PAS dan mencadangkan parti itu mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan bagi memutuskan mengenai perkara itu.

"Ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani,"katanya.

Ujar beliau, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Pembahagian pimpinan mengikut pendapat masing-masing sebegini berlaku dari peringkat biro politik ke MPP (Majlis Pimpinan Pusat), hinggalah ke peringkat akar umbi.

"Oleh yang demikian, sampai masanya (persoalan kerjasama dengan PAS) diputuskan secara menyeluruh mengikut perlembagaan parti supaya jalan buntu itu diselesaikan mengikut kaedah terbaik, iaitu demokrasi.

"Saya mengesyorkan kongres khas kebangsaan diadakan dengan segera untuk memutuskan perkara ini dengan melibatkan pengundian perwakilan cabang-cabang PKR dari seluruh negara seperti yang diperuntukkan perlembagaan parti," katanya.

Isu kerjasama ini kembali hangat selepas tersebarnya gambar kunjungan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Azmin Ali terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Menjelaskan lagi tentang dua kumpulan berkenaan, Rafizi berkata, ia terbahagi antara kumpulan pragmatik dan percaya kepada prinsip.

Katanya, satu kumpulan berpendapat keutamaan tertinggi parti ialah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor, manakala satu lagi berpandangan PKR mempunyai tanggungjawab moral untuk terus membela rakyat melalui gabungan pembangkang berpandukan keadilan sosial dan merangkumi semua pihak.

"Kumpulan ini meletakkan tanggungjawab itu mengatasi kepentingan memenangi kerusi kerana prinsip dan rekod perjuangan adalah lebih penting daripada pragmatisme politik untuk berkuasa semata-mata.

"Kemenangan yang menampakkan PKR sanggup mengorbankan prinsip perjuangan akan menyebabkan PKR dilihat tidak berbeza dengan Umno atau parti-parti lain," katanya.

Azmin pada Sabtu sekali lagi memberi bayangan bahawa parti itu akan mengadakan rundingan dengan PAS berhubung kerjasama di Selangor.

Beliau juga turut menegaskan, rundingan itu berlaku hanya antara PKR dan PAS dan tidak melibatkan PH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana