Fakta Di Mahkamah Oleh DS Anwar Ibrahim Melawan Tun Dr Mahathir: Pendedahan Skandal Penyelewengan PERWAJA STEEL

■ Syarikat PERWAJA STEEL Sdn Bhd (PERWAJA) atau nama asalnya, PERWAJA TRENGGANU SDN BHD ditubuhkan pada tahun 1982. Penubuhan ini bertujuan untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.

■ Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu telah menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta liabiliti semasa, RM6 bilion liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul hampir RM3 bilion.

■ Malah, ia pernah dinyatakan sebagai kos siasatan kes penyelewengan yang paling tinggi dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

■ Berikut ini adalah pendedahan oleh DS Anwar Ibrahim yang pada ketika skandal PERWAJA STEEL berlaku beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia.

Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur, Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia.
(BAHAGIAN SIVIL)
No Guaman Sivil: S4-23-15-2006

Antara

Dati Seri Anwar Bin Ibrahim
(PLAINTIF)

Dan

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
(DEFENDAN)

Jawapan Kepada Penyataan Pembelaan

■ Lebih kurang pada tahun 1995 Dato Nik Affendi, wakil Perbendaharaan Persekutuan di dalam Lembaga Perwaja telah melaporkan kepada Plaintif (DS Anwar Ibrahim) sebagai Menteri Kewangan mengenai kerugian dan kegagalan ditanggung oleh PERWAJA kerana kegagalan untuk mematuhi prosedur2 piawai kewangan mengenai pemerolehan dan pembayaran dananya.

■ Plaintif kemudiannya mengarahkan bahawa jawatankuasa tender sewajarnya (operasi tender dan kewangan) ditubuhkan oleh Lembaga PERWAJA. Tetapi apabila perkara ini dibangkitkan oleh ahli Lembaga, jawapan yang diberikan oleh Chief Executive Office (CEO) Tan Sri Eric Chia adalah bahawa Perdana Menteri, iaitu Defendan (Dr Mahathir Mohamad), telah diberikan taklimat dan beliau telah memberikan kelulusan untuk CEO membuat apa sahaja yang beliau suka.

■ Selepas itu di pertengahan tahun 1996, PERWAJA seterusnya telah mencatatkan kerugian besar dan memerlukan suntikan dana tambahan dari PERBENDAHARAAN PERSEKUTUAN. Oleh kerana Defendan telah mengarahkan bahawa Tan Sri Eric Chia diberikan kebebasan dan sokongan, kuasa2 Perbendaharaan telah diikat. Justeru itu, di atas nasihat Setiausaha Agung Perbendaharaan, Plaintif telah meluluskan perlantikan Price Waterhouse (PW) sebuah firma akauntan, untuk mengaudit akaun2 syarikat dan menyerahkan cadangan2.

■ Price Waterhouse (PW) melaporkan semula kepada Plaintif bahawa sejumlah RM2 billion diperlukan untuk menyelamatkan syarikat PERWAJA. Ekoran daripada yang tersebut di atas, lebih kurang pada atau sekitar Disember 1996 Plaintif (DS Anwar Ibrahim) telah membentangkan satu usul di Parlimen memohon kebenaran untuk dana RM2 billion diberikan kepada PERWAJA dan untuk pengurusan PERWAJA yang akan diawasi oleh PW.

■ Plaintif kemudiannya membentangkan laporan awal (preliminary report) oleh PW di Parlimen, yang mana antara lain, menyatakan penemuan2 berikut:
a. Pengurusan yang tidak baik (bad management) oleh CEO, dan kegagalan untuk mematuhi prosedur2 kewangan.
b. Urusniaga yang dipersoalkan dan kos bahan2 mentah dan bayaran pengangkutan yang terlalu berlebihan/tinggi.
c. Bayaran kos guaman yang tidak munasabah (“significant") kepada firma2 guaman, terutama, V.K. Lingam & Co and Lewis & Co, sejumlah lebih kurang RM13 juta. Tambahan lagi satu bayaran sejumlah RM5.4 juta kepada En. Durai Rajasingam Rajaduray yang bekerja di Lewis & Co. Tiada sebarang dokumen sokongan bagi bayaran tersebut.

■ Ekoran daripada pendedahan tersebut, media nasional memberikan liputan meluas pada hari berikutnya. Defendan mempersoalkan tindakan Plaintif mengenai keperluan membentangkan ringkasan penemuan2 awal PW di Parlimen.

■ Plaintif kemudiannya mencadangkan bahawa akauntan2 PW (Tan Sri Raja Arshad dan Mr. Khoo Eng Choo) memberi taklimat kepada Defendan, yang mana telah mereka lakukan pada awal 1997.

■ Defendan jelas dan nyata tersinggung terhadap Plaintif dan Defendan (Dr Mahathir Bin Mohamad) terus mempertahankan Tan Sri Eric Chia. Pada pertengahan 1998 PW (selepas itu dikenali sebagai PWC) telah menyerahkan satu laporan lengkap kepada:
1. Defendan sebagai Perdana Menteri,
2. Plaintif sebagai Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan
3. Gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Don.

■ Ianya telah menunjukkan antara lain, kerugian besar, salah pengurusan yang melampau (gross mismanagement) oleh CEO dan bukti kesalahan Defendan kerana meluluskan kontrak2 besar tanpa tender dan/atau tanpa rujukan kepada Lembaga PERWAJA atau pihak PERBENDAHARAAN. Defendan telah menyaksikan perkara ini sebagai satu cubaan oleh Plaintif untuk memalukan beliau.

■ Selepas itu, dalam tahun 1999 semasa di penjara, Plaintif telah membuat satu laporan polis (Tun H S Lee No. 19625/99) terhadap PERWAJA dan telah melampirkan laporan PWC sebagai bukti. Plaintif semestinya bergantung kepada laporan polis dan laporan PWC tersebut ketika perbicaraan nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana