EXCO DAP DITANGKAP HASIL LAPORAN ADUN PKR. SPRM DAH BOLEH BUKA PEJABAT DI KOMTAR

SEINGAT penulis, belum pernah berlaku tangkapan berkaitan rasuah secara berturut-turut membabitkan pemimpin kerajaan mana-mana negeri dalam negeri ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang (bawah DAP) sekarang.

DAP berkokok pasal rasuah sana sini, di negeri yang dia perintah, bukan saja Exco cap ayam kena tangkap, Ketua Menterinya pun dah didakwa dibawah Akta SPRM.  Baru beberapa hari selepas Ketua Menteri Pulau Pinang tanda tangan ikrar bebas rasuah (IBR), semalam, Exconya sendiri dah ditangkap SPRM.  Ini mana nak letak muka pun tak tahulah.

Tambah menariknya cerita, tangkapan terbaru ini hasil laporan yang dibuat oleh ADUN PKR sendiri – PKR adalah rakan DAP dalam Pakatan haram!!

Persoalan sama ada berlaku perpecahan antara DAP dan PKR sehingga sesama sendiri membuat laporan pasal kesalahan rasuah ini, sangat menarik untuk dikaji.  Rasanya benda ni dah berbuku lama, bukan sekarang saja.  Sebelum PRU13, kita masih ingat Guan Eng digelar tokong oleh seorang pemimpin PKR negeri tapi perkara itu taklah sampai menyebabkan sesiapa masuk lokap – tak macam sekarang.

Justeru, melihat kepada apa yang berlaku sekarang, penulis rasa sampai masanya SPRM Pulau Pinang membuka pejabat di Komtar untuk memudahkan segala urusan menangkap pemimpin DAP akibat laporan yang dibuat sendiri pemimpin PKR yang dah tahan dibuli.

Bukan rahsia, melainkan seorang dua, majoriti ADUN PKR Pulau Pinang diketahui makan hati dengan layanan kelas kedua yang diberikan DAP kepada mereka dan hanya menunggu masa untuk semua keburukan dalam kerajaan negeri didedahkan sesama mereka nanti.

Lagipun Pulau Pinang sejak diperintah DAP, tak suci dari kontroversi.  Inilah satu-satunya kerajaan negeri yang membuat duit dengan menjual tanah sehingga tak banyak lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.  Hutang negeri pun terpaksa diambil alih kerajaan persekutuan sehingga 95%.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana