Dr.Mahathir guna kuasa ‘kekal dan perintah’ pecahkan Najib, Zahid

Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba melakukan ‘pecah dan perintah’ apabila menuduh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjumpanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tindakan bekas perdana Menteri itu dilihat terdesak untuk menaikkan nama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum terlambat.
Berikutan itu, Tun Mahathir dikatakan terpaksa menggunakan cara kotor dengan memecah belahkan tiga individu penting dalam UMNO iaitu Najib, Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan harapan parti itu akan terkubur akhirnya.
“Ini semua strategi nak pecahkan kekuatan UMNO. Dia nak hilangkan keyakinan ahli tapi tak boleh sebab ahli sokong PM dengan sangat kuat. Dia cuba tapi tak berjaya tapi ada satu cara yang dia berjaya dengan cara memecahbelahkan 3 pemimpin parti ini.
“Jadi ringkasnya, apa tujuan Tun Mahathir ni sebenarnya?sebab nak pecahkan mereka bertiga, dan nak timbulkan keraguan di kalangan ahli UMNO,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.
Tambah beliau meskipun perkara tersebut tidak benar, namun niatnya hanyalah untuk menutupi isu yang diserang kini berhubung keturunannya.
“Sebab dia tak boleh nafikan keturunannya jadi dia alih isu dengan menjelaskan yang TPM dah jumpa Tun M untuk merancang jatuhkan PM, walaupun tak betul tapi nak timbulkan keraguan,” ujarnya lagi.
Berikutan itu, jelas Anuar, ahli UMNO tidak perlu sangsi hubungan di antara Presiden parti dan Timbalannya, serta Hishammuddin yang sebenarnya kukuh dan tidak seperti yang didakwa Tun Mahathir.
“UMNO ni selagi berpadu sokongan mereka pada pucuk pimpinan, tak ada masalah. Itu nasihat saya, dalam keadaan ini kita kena ingat Tun M akan ambil peluang dalam banyak keadaan. Sebab itu nak berhadapan dengan dia kita kena bijak.
“Jadi bila PM jawab sepantas itu, ia langkah bijak,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun jelas Shamsul Anuar lagi berdasarkan tinjauan yang dilakukan kebanyakan penyokong totok Tun Mahathir mula beralih arah berikutan tindakannya yang menyertai DAP dan menabur fitnah yang tak masuk akal.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sekijang Anuar Abdul Manap turut berkata strategi tersebut tidak langsung menggugat kekuatan UMNO, sebaliknya hanya mampu memberi impak ‘positif’ kononnya kepada pembangkang.
“Selagi boleh hasut dan buat fitnah, mereka akan buat. Dan lagi kuat mereka fitnah dan hasut, lagi kuat hubungan PM, TPM dan Datuk Hisham. Mereka cemburu sebenarnya, kerana dalam pasukan mereka, nak menentukan siapa ketua pun susah.
“Ini taktik biasa dan kliselah. Semua orang tahu dah taktik ni. Pecah dan perintah. Tapi memang dah lagi dia daripada dulu macam tu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana