DR MAHATHIR SENDIRI LULUS BELI SCORPENE, KETUA ARMADA BOLEHLAH DITIPU

Pembelian dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam latihan mendapat ‘lampu hijau’ oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1995.

Tanpa menamakan nama kedua-dua pemimpin berkenaan, Bekas pegawai penyiasat ketenteraan, pendedahan Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada tahun berkenaan.

Abdul Rahmat membidas penafian bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tidak tahu mengenai pembelian Scorpene sungguhpun kontrak pembelian ditandatangani pada 2002 setelah mendapat oleh Dr Mahathir sendiri.

“Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Amanda (Armada) Pribumi Syed Sajat (Syed Saddiq). Mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.

“Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi. Saya biarkan anda teka nama mereka. Rundingan dilakukan mengikut prosedur kontrak perolehan pertahanan,” kata Abdul Rahmat dipetik blognya, Seademon Says.

Baca Juga: Scorpene: Bagaimana Pakatan Boleh Melepaskan Mahathir Sekarang?

Baca Juga: Apakah Mahathir Tidak Menyedari Pembelian Kapal Selam Scorpene?

Semalam, Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai pembelian Scorpene selepas beliau melepaskan jawatan pada 2003 dan ianya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

“Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi. Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan menteri pertahanan pada waktu tersebut.

Menyifatkan kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan ‘U-turn’, Abdul Rahmat berkata bekas Perdana Menteri itu cuba memutarbelit isu pembelian kapal selam berkenaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir.

Kupasan pemerhati politik, Rosman Bistamam mengenai isu Scorpene bertajuk “Apakah Tun M tidak menyedari pembelian kapal selam?” menyatakan Dr Mahathir sememangnya mengetahui pembelian kapal selam berkenaan – begitu juga semua menteri kabinet serta seluruh ahli parlimen.

Apakah Mahathir Tidak Menyedari Pembelian Kapal Selam Scorpene?

Baca Juga: Scorpene: AFP, Sumber Laporan Media Pro Pembangkang Telah Padam Artikel Mereka?

Baca Juga: Razak Baginda Nafi Didakwa Di Mahkamah Perancis Berkaitan Pembelian Scorpene

“Pembelian kapal selam Scorpene daripada Perancis antara perkara penting kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Seperti perkara lain yang berada dalam kategori itu, ia melalui proses yang sama sehingga kontrak pembeliannya ditandatangani pada Jun 2002.

“Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah salah seorang daripada mereka mengetahui secara terperinci butiran perjanjian jual beli tersebut? Persoalannya mengapakah mereka seperti menutup mata dan buat macam tidak tahu apa-apa?” soal Rosman.

Rosman mempertikaikan penafian Dr Mahathir sambil menyatakan tidak logik bahawa pembelian aset besar negara dilakukan secara rahsia oleh Najib.

“Keadaan yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila pembelian kapal selam Scorpene seolah-olah dilakukan secara rahsia antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pihak Perancis.

“Peliknya Najib telah diminta menjelaskan butiran pembeliannya seperti hanya beliau seorang sahaja yang tahu,” katanya lagi.

Sumber: Malaysian Digest

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana