‘DR. MAHATHIR MAHU TERUS DISANJUNG, CIPTA ISU UNTUK TUTUP KELEMAHAN DIRI’

Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sengaja mahu mengalihkan perhatian masyarakat daripada isu sebenar bahawa ahli parti pembangkang di peringkat akar umbi tidak menerimanya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk, Dr. Nik Mohammad Azli Nik Ariffin berkata, atas sebab itu, Dr. Mahathir perlu mengada-adakan cerita dan memburukkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, Dr. Mahathir juga pernah mengakui bahawa UMNO tidak boleh dijatuhkan dari luar, sebaliknya ia perlu dijatuhkan dari dalam.

“Atas sebab itu, Dr. Mahathir mengambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin dalam UMNO dengan mengada-adakan cerita kononnya Ahmad Zahid pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan sokongan, seminggu selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Mana bukti Naib Presiden UMNO itu pernah berjumpa dengan Dr. Mahathir? Sekadar cakap-cakap sahaja tidak mencukupi kerana Ahmad Zahid memang terkenal dengan sikapnya yang setia kepada ketua sejak dahulu lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam .

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir bahawa Ahmad Zahid pernah berjumpa dengannya bagi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Syed Hafiz Syed Mustafa pula berkata Dr. Mahathir sengaja mencipta sesuatu isu baharu bukan sahaja bagi menutup perkara lebih besar yang dihadapinya tetapi mahukan diri beliau terus diingati, diperkatakan selain mahu disanjung oleh rakyat walaupun dirnya berada di dalam kem pembangkang.

” Kita tidak lupa jasa Dr. Mahathir, tetapi rakyat hari ini perlu ingat tentang masa depan negara, hala tuju yang lebih gemilang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ” kata Syed Hafiz ketika dihubunngi Kedahnews.com semalam.

Menurutnya tindakan tanduk Dr. Mahathir kebelakangan ini memperlihatkan beliau masih ‘belum puas’ menjadi Perdana Menteri walaupun 22 tahun memegang tampuk kuasa negara.

” Satu perkara yang diperhatikan, Dr. Mahathir tidak mahu orang lain mengatasi kebolehannya memimpin negara ini kerana apa yang dilakukan kerajaan sekarang, walaupun diterima baik oleh rakyat, tetapi tidak baik pada pandangannya, ” kata Syed Hafiz.

Dalam keadaan sekarang, kata beliau, adalah lebih baik pemimpin dan ahli parti tidak terlalu melayan kerenah Pengerusi Pakatan Harapan itu , sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha BN memenangi pilihanraya akan datang dengan cemerlang di samping berkhidmat bagi membantu masyarakat. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana