Dr Mahathir gagal lagi…mahkamah pula tolak cabar keanggotaan RCI forex

Kata orang kalau berani sangat dan tiada apa yang nak sembunyi hadap saja Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara dalam urusan tukaran asing.

Apa yang nak main taktik biasa pembangkang bila ada kes cabar itu ini untuk lengahkan perbicaraan.

Bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cakap beliau sedai berdepan dengan siasatan RCI mengenai kerugian yang didakwa cecah RM40 billion dalam urusan itu semasa zaman pentabiranya.

Namun pada hari pertama prosiding RCI itu di Istana Kehakiman di Putrajaya,bekas Perdana Menteri itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri sudah cabar keanggotaan dua orang penal suruhanjaya itu.

Mereka ialah Pengerusi Tan Sri Sidek Hassan dan anggota Tan Sri Saw Choo Boon.

Selain Sidek dan Saw lain-lain anggota RCI ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaluddin Md said,Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad,Datuk Seri Tajuddin Atan, anggota Institut Akauntan Malaysia Pushpanathan S A Kanagarayar manakala Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan,Datuk Dr Yusof Ismail.

Alasan yang diguna Sidek dan Saw tidak layak kerana terlibat dalam pasukan petugas yang buat siasatan awal kerugian itu dan syorkan pembentukan RCI.

Permohonan peguam Dr Mahathir dan Anwar ditolak penal RCI kerana lantikan dan bidang tugas mereka telah dapat perkenan Yang DiPertuan Agong.

Tidak puashati dengan penolakan itu,Dr Mahathir membawa kes untuk cabarnya di mahkamah pula.

Pagi Khamis…Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk cabar keanggotaan Sidek dan Saw.

Keputusan dibuat oleh Hakim, Datin Azizah Nawawi.

Hakim itu berpendapat RCI tidak ada kuasa untuk melucutkan atau tidak keanggotan mana-mana anggota.

Prosiding kedua RCI ini akan diadakan pada 21 Ogos ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana