DR MAHATHIR DAKWA TIDAK PERCAYA KONSEP ‘KETUANAN MELAYU’....BERAT BERAT MADEY NI

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa bahawa dirinya tidak percaya kepada konsep ‘Ketuanan Melayu’ sebaliknya beranggapan bahawa seseorang yang mahu menjadi ‘tuan’ perlu bekerja keras dan bersaing dalam keadaan dunia semasa.

“Saya tak percaya kepada ‘Ketuanan Melayu’. Saya pernah beritahu (Presiden PERKASA) Ibrahim Ali bahawa jika anda pemandu, orang di belakang anda adalah ‘tuan’.

“Kita perlu menerima realiti. Jika anda mahu menjadi ‘tuan’, anda mesti bekerja keras, anda mesti bersaing, anda mesti mendapat pendidikan yang baik, anda mesti mempunyai sistem nilai yang baik,” katanya semasa bercakap di forum “Pelaburan China – Adakah Ia Terlalu Banyak?” yang dianjurkan Institut Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia telah mewujudkan formula yang baik untuk memastikan masyarakat berbilang bangsa dan agama dapat hidup secara harmoni dan aman.

“Sudah tentu, ia menjadi sangat sukar untuk mewujudkan identiti yang benar-benar Malaysia, tetapi saya fikir pengekalan identiti etnik atau nasional kita telah memberi manfaat kepada Malaysia.

“Kita masih tahu bahawa kita adalah Cina Malaysia, India Malaysia dan Melayu Malaysia, tetapi kita boleh hidup bersama dengan baik. Setakat ini kita telah melakukannya, tetapi kita tidak sepatutnya mengganggu keseimbangan itu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa setiap kaum di negara ini telah mempunyai peranan tertentu dengan mengambil contoh kaum Cina yang menguasai sektor ekonomi, manakala orang Melayu pula berada di bidang politik.

Tambah beliau, disebabkan setiap kaum memahami peranan yang dijalankan dan sedia berkongsi kekayaan negara, maka Malaysia masih mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan seperti sekarang.

Menurut beliau konsep ‘Ketuanan Melayu’ akan membawa kepada perpecahana kerana hanya satu-satu kaum cuba untuk mengambil kekayaan tersebut.

“Jika ada yang cuba mengambil 100 peratus untuk diri mereka sendiri, negara ini tidak akan berkembang, dan 100 peratus itu akan menjadi sangat, sangat kecil.

“Manakala jika kita berkongsi, setiap keping kek yang kita kongsi akan menjadi lebih besar daripada keseluruhan kek mengikut masa.

“Jadi idea untuk berkongsi itu adalah satu idea yang hebat,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana