DI PEKAN : NAJIB SINDIR DR M, PUJI PAK LAH...MEMANG BETUL PUN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin yang sudah bersara haruslah menyokong penggantinya kerana kekuatan yang diperolehnya sebelum ini adalah berdasarkan sokongan semua anggota Umno.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau gembira kerana menerima sokongan padu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih jawatan perdana menteri daripada beliau.

“Saya masih ingat lagi bila saya ambil alih jawatan daripada Pak Lah (Abdullah), beliau kata ‘saya mahu anda lakukan lebih baik daripada saya dan bangunkanlah negara ke tahap lebih tinggi’. Ini adalah hati orang yang ikhlas walaupun serahkan jawatan kepada saya.

 Berjayakah pakatan Umno, PAS tawan Selangor?

 “Pada saya, beliau (Abdullah) adalah negarawan yang saya hormati kerana beliau tak pentingkan soal dirinya tetapi lebih pentingkan negara,” katanya semasa menggulung perbahasan pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang, hari ini.

Beliau berkata setiap perdana menteri mempunyai kewajipan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik daripada yang dilakukan pemimpin terdahulu, dan itulah yang menjadi pegangannya sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, konsep dan pesanan Abdullah akan diserahkan kepada bakal penggantinya apabila tiba masanya kelak kerana beliau sedar tanggungjawab membina negara memerlukan sokongan semua pihak dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat.

‘Setelah bersara sokong pengganti’

Najib berkata keadaan itu berbeza dengan bekas pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun, yang tidak berpegang kepada prinsip tersebut selepas beliau bersara.

“Pemimpin itu sering melaung-laungkan kepentingan untuk menyokong pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan kepada semua anggota Umno.

“Saya masih ingat lagi (pesanan itu). Mungkin beliau lupa atau sengaja buat-buat lupa yang beliau telah ingatkan anggota Umno bahawa bila kita bersara, perlulah sokong orang yang mengganti kerana waktu kita jadi pemimpin, orang lain menyokong kita.

“Ini merupakan petua yang malangnya beliau sendiri tidak amalkan. Saya kuat kerana di belakang saya ada sokongan padu daripada anggota parti. Ini bukan soal Najib Razak sahaja, tetapi kerana ampuhnya kita sebagai Umno,” kata beliau.​​

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut meminta jentera parti bahagian itu mendekati anggota parti Umno yang menjadi ‘orang hitam’ bagi meraih semula sokongan dan memastikan mereka mengundi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Memang ada senarai dalam ‘war room’ kita nama-nama mereka yang kita kategorikan sebagai ‘orang hitam’, dan apabila kita semak nama mereka ternyata mereka anggota Umno.

“Apabila kita tanya apa sebabnya (enggan mengundi Umno), mereka nyatakan ada sesuatu yang tidak dapat kita tunaikan. Apabila kita tidak tunaikan mereka sanggup menyatakan ayat-ayat yang menggambarkan mereka menolak Umno dan hendak mengundi pembangkang. Tetapi kita tidak pastilah mereka sanggup lakukannya atau tidak nanti.

“Sebab itulah tindakan susulan perlu dilakukan, ADUN (anggota dewan undangan negeri), PDM (pusat daerah mengundi), JR (jalinan rakyat), perlulah ambil tindakan segera sebab mereka ini anggota Umno. Saya nak tahu mereka ini benar-benar sanggup khianati parti atau tidak semata-mata tidak dapat sesuatu yang mereka kehendaki,” kata beliau.

Sementara itu, Najib melancarkan strategi ‘Jihad 191’ Bahagian Pekan untuk menambah bilangan anggota Umno dan pengundi kawasan itu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi kawasan Parlimen itu dengan 40,000 majoriti undi pada PRU14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana