Derma kepada Najib sangat salah...Derma Rafizi ni baik belaka .....ptuihhhhh.

Derma kepada Najib sangat salah, tetapi saya kagum dengan rakyat Malaysia kerana derma sudah terkumpul RM1.5 juta

Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendapat lebih RM1.5 juta hasil sumbangan orang ramai melalui rayuannya untuk mengumpul RM300,000 bagi membayar kos dan ganti rugi dalam saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Naib presiden PKR itu berkata, seramai 7,435 penderma daripada pelbagai lapisan masyarakat membalas rayuannya dengan menyumbang RM1,585,014.49 hanya dalam tempoh 10 hari. Jumlah itu 5 kali ganda lebih banyak daripada wang yang diperlukan untuk membayar NFC.

Beliau menerusi Facebooknya semalam berkata, daripada 5,135 penderma yang maklumat mereka diketahui, seramai 2,903 berbangsa Cina, 1,575 orang Melayu, 348 India, 40 Bumiputera Sabah dan 91 Bumiputera Sarawak.

“Baki 2,300 orang lagi menyumbang melalui mesin deposit tunai yang tidak memberi maklumat mereka,” katanya sambil menambah 84% daripada keseluruhan sumbangan itu bernilai antara RM10 hingga RM200.

Rafizi berkata, beliau tersentuh hati mengenangkan keikhlasan penyumbang yang menderma mengikut cara dan kemampuan masing-masing.

“Beberapa orang ahli Parlimen PAS menghampiri saya dari tempat duduk mereka (yang kini terpisah jauh di sebelah kiri Dewan Rakyat) untuk menyampaikan sumbangan tunai mereka secara terbuka di khalayak ahli Parlimen lain, walaupun kebelakangan ini hubungan parti kami tidak lagi seperti sebelum ini.

“Semasa trak kempen Invoke singgah di Temerloh minggu lalu, seorang kakak mengirimkan sumbangan RM20 dengan satu nota kata-kata semangat yang dilampirkan bersama wang itu.

“Sepanjang minggu lepas, saya menyaksikan sendiri bagaimana rakyat Malaysia yang berlainan kaum, agama, harta kekayaan dan darjat dunia boleh bersatu untuk satu matlamat yang sama: Menghantar isyarat mereka akan menyokong sesiapa yang berusaha melawan rasuah dan penyelewengan.”

Rafizi mengucapkan terima kasih kepada setiap penyumbang dengan berkata, RM300,000 akan diserahkan kepada peguamnya untuk membayar NFC, manakala selebihnya digunakan membiayai operasi Invoke – badan kajian diketuainya, yang mengendalikan kempen di 50 kerusi Parlimen marginal di seluruh negara dengan purata belanja bulanan RM300,000.

“Sebahagian besar daripada belanja ini adalah tanggungan gaji 80+ kakitangan sepenuh masa Invoke di seluruh negara yang bekerja di belakang tabir saban hari untuk membantu kemenangan di 50 kerusi ini.”

Beliau berkata, Invoke akan menerbitkan laporan setiap suku tahun untuk menunjukkan bagaimana kos operasi itu dibelanjakan dan penyata kewangannya yang diaudit akan diumumkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana