DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status penubuhan Darul Ehsan Investment (DEIG) sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya perlu merujuk kepada laporan terbaharu dan hasil siasatan sebelum ini berhubung kes DEIG sebelum berbuat demikian.

“Saya kena rujuk kepada pegawai dahulu berhubung laporan yang baharu dibuat semalam, sama ada isunya sama dengan isu yang pernah SPRM buat (siasatan) dahulu, selain melihat jika ada maklumat atau isu baharu,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Simpang Durian di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata pada 2015, SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung status penubuhan DEIG namun, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan rasuah.

Dzulkifli diminta mengulas laporan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Mohd Fakhzan Md Noor semalam yang meminta SPRM menyiasat kes tersebut kerana DEIG didakwa beroperasi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

 Mohd Fakhzan berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai berkata bahawa DEIG tidak memulakan operasi sehingga 2016.

Bagaimanapun, media melaporkan DEIG melalui anak syarikatnya DEIG Land, mula membuat Permintaan Maklumat (RFI) untuk kerja membangunkan tanah kerajaan negeri yang terletak di Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung pada Jun 2015.- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana