DEDAH KAD PENGENALAN TUN M TIDAK MENYALAHI UNDANG – UNDANG

Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan maklumat kad pengenalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah tidak menyalahi undang-undang kerana maklumat tersebut merupakan maklumat awam yang tidak sulit.?

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sekiranya ada pihak yang tidak mempercayai apa yang didedahkan Ahmad Zahid itu, beliau mengalu-alukan pihak tersebut untuk memeriksa rekod nama semasa pendaftaran pengajian Dr. Mahathir dahulu.?

“Perkara ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan siasat untuk buktikan kebenarannya dan sekali lagi saya katakan, maklumat di atas kad pengenalan bukan maklumat sulit dan tidak menyalahi undang-undang untuk berkongsi dengan awam. ?

“Apa yang dikatakan Ahmad Zahid itu adalah benar cuma ada pihak yang mengambil peluang untuk mempolitikkan perkara ini kerana takut sokongan terhadap Dr. Mahathir akan kurang kerana kebenaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Mengesan Maklumat Pelarian (TRIS) di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir mempergunakan komuniti Melayu dan Umno untuk meneruskan karier politiknya, meskipun bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berketurunan India.

Zahid berkata selepas mempergunakan komuniti Melayu dan parti, Dr Mahathir kini meninggalkan Umno dan menyerangnya tanpa henti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana