DAP TERPAKSA GUNA TUN MAHATHIR SELEPAS GAGAL BERSAMA PAS

Dap dilihat berbaik-baik dengan bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad yang menjadi musuh ketat parti itu selama ini, semata-mata demi untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut dan terpaksa menebalkan muka demi kepentingan dan keuntungan politik parti mereka.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris ketika diminta mengulas berhubung kerjasama politik antara Dap dan Tun Mahathir sepertimana yang berlaku dalam gelanggang politik negara hari ini.
Katanya, mahu tidak mahu, Dap terpaksa berbaik dengan Tun Mahathir, individu yang selama ini menganggap Dap sebuah parti rasis dan cauvinis setelah mereka kehilangan Pas yang dipergunakan oleh Dap selama ini untuk menarik undi orang Melayu kepada pakatan pembangkang.
“Kepimpinan Dap seolah-olah tidak ada maruah. Mereka sanggup berbaik-baik dengan siapa saja sekali pun, walaupun pemimpin atau individu itu dulunya musuh politik mereka, demi mencapai matlamat mereka untuk menumbangkan dan mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN.
“Kita lihat Lim Kit Siang sanggup duduk bersebelahan dengan Tun Mahathir, walaupun Tun Mahathir merupakan pemimpin yang paling lantang menentang dan mengkritik Dap dan juga Kit Siang sendiri satu masa dulu. Apa yang penting bagi mereka ialah, Tun Mahathir boleh dipergunakan untuk menarik sokongan orang Melayu, seperti mana mereka mempergunakan Pas satu ketika dulu.
“Biarpun pendekatan sebahagian kepimpinan Dap berbaik-baik dengan Tun Mahathir mendapat tentangan daripada ahli-ahlinya sendiri, bahkan sebahagian daripada parti-parti pembangkang yang lain, namun mereka tidak peduli.
“Apa yang penting bagi dinasti Lim, UMNO dan BN mesti ditumbangkan walau dengan apa cara sekalipun. Untuk itu, undi dari orang Melayu sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan agenda mereka itu,” jelasnya kepada UMNO-Online.
Taktik Dap mempergunakan pemimpin Melayu ini menurut Dr Najmil, bukan satu perkara baru malah setiap kali pemimpin UMNO keluar dari parti, Dap akan menyambut mereka dengan tangan yang terbuka.
“Kalau dulu kita lihat bagaimana Dap boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, yang menjadi harapan mereka untuk menarik sokongan orang Melayu. Selepas itu, mereka memperkudakan pula parti Pas dan mengambil kesempatan di atas populariti dan status Almarhum Tuan Guru Nik Aziz untuk menarik sokongan pengundi Melayu.
“Dan hari ini, selepas Anwar Ibrahim semakin tumpul taringnya, dan secara kebetulan Tun Mahathir pula tidak berpuas hati dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib ekoran isu-isu kepentingan politik peribadi, maka mereka mempergunakan pula Tun Mahathir untuk tujuan itu.
“Tidak hairanlah Kit Siang boleh buat kenyataan baru-baru ini bahawa kehadiran Tun Mahathir bersama pembangkang mampu menarik sokongan dan menembusi kubu-kubu kuat UMNO di kawasan yang DUN dan parlimen yang majoritinya orang Melayu,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, biarpun pemimpin Dap cuba memperlihatkan bahawa parti mereka itu terbuka untuk semua kaum termasuk orang Melayu, namun Dap tidak dapat menyembunyikan realiti di mana pemimpin Melayu di dalam Dap tidak mampu untuk pergi jauh memandangkan parti itu sebahagian besarnya dikuasai satu kaum sahaja.
“Saya yakin, pengundi khususnya orang Melayu tidak buta matanya, tidak pekak telinganya. Mereka sedar, berapa ramai pun pemimpin Melayu yang cuba mereka tonjolkan, namun ianya tidak mengubah apa-apa dasar dan prinsip politik Dap, terutamanya tentang hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam.
“Bahkan, berapa kerat sahaja orang Melayu yang diberikan jawatan tertinggi di dalam parti tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa orang Melayu di dalam parti itu seumpama melukut di tepi gantang sahaja. Strategi mereka untuk mempergunakan pemimpin Melayu bagi menarik undi dan sokongan orang Melayu tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi,” akhirinya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana