DAP SEDANG BERKECAMUK DAN HURU-HARA

Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Pakatan Harapan (PH), akan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 walaupun tanpa bantuan PAS, adalah pelik.

Malah menurut Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff, kenyataan yang dibuat oleh Kit Siang itu ‘tidak dapat difikirkan oleh akal yang waras’.

“DAP mendakwa PAS akan gagal mendapat walau satu kerusi pun di semua lima negeri. Ia adalah diasaskan di atas dakwaan kononnya 5% pengundi bukan Melayu, selain 10% pengundi Melayu, menukar sokongan dari Barisan Nasional (BN) ke PH.

“Sangat pelik bagaimana Lim Kit Siang boleh membuat projeksi sangat positif mengenai kemampuan PH meningkatkan sokongan pengundi bukan Melayu.

“Sedangkan beliau sendiri, pada 11 Ogos lalu, mengakui bahawa sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PH dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 menurun sebanyak kira-kira 10%.

“Tidak dapat difikirkan oleh akal yang waras apakah faktor-faktor kukuh yang boleh melonjakkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PH ini, apatah lagi bila bermacam masalah menimpa DAP, termasuk tuduhan rasuah ke atas pemimpinnya, sejak berlalunya Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

Lebih kelakar lagi ujar beliau ialah kenyataan Kit Siang mengenai peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PH ini jelas bercanggah dengan kenyataan Strategis DAP yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong.

Chin Tong di dalam laporan akhbar The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun 2017 bertajuk ‘Run-Up to GE 14’ (Menjelang PRU 14) menyebut bahawa tahap sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, terhadap PH sekarang menurun pada tahap 65% berbanding 85% di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana faktor ‘kepenatan’.

“Kit Siang boleh membuat kenyataan yang jelas bercanggah dengan kenyataan Liew Chin Tong adalah bukti nyata betapa berkecamuk dan huru haranya DAP sekarang,” katanya.

Sementara itu bagi ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, tsunami Melayu tidak akan berlaku di mana DAP hanya berangan kosong untuk menawan Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

Sebaliknya ujar beliau, apa yang akan berlaku ialah tsunami Melayu dalam PH.

“Orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap PH yang mereka anggap adalah boneka DAP.

“Mana mungkin tsunami melayu akan berlaku sedangkan Parti PPBM pimpinan Mahathir sendiri gagal menarik sokongan Melayu. Difahamkan jumlah keahlian PPBM setakat ini hanya 29,000 orang sahaja. Bersediakah Tun Mahathir mendedahkan jumlah keahlian partinya kerana Nothing To Hide,” katanya dalam satu kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana