DAP pasti tawan Kedah, tiada siapa mampu halang ujar Lim Kit Siang

Lim Kit Siang yakin DAP mampu membantu Pakatan Harapan (PH) menawan semula Kedah jika parti itu bertanding di Kulim dan Gurun dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kata beliau, sekiranya PH dan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan situasi kemungkinan terikat 18:18 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah, DAP boleh membawa kemenangan kepada barisan pembangkang jika parti itu bertanding di kedua-dua kawasan terbabit.

DUN Kedah mempunyai 36 kerusi. Pada PRU13 BN menguasai 21 kerusi manakala PAS 9, PKR (4) dana DAP (2).

Ketiga-tiga parti itu yang membentuk Pakatan Rakyat memenangi Kedah pada tahun 2008 tetapi kehilangan kuasa kerajaan negeri pada PRU13.

“DAP akan dapat membantu PH memecah kebuntuan (kedudukan) 18-18 supaya PH boleh memenangi kerajaan negeri Kedah jika DAP bertanding di kerusi Kulim dan Gurun serta memobilisasikan sokongan calon-calon PH di Kedah Tengah dan Selatan, tanpa hanya memberi tumpuan ke atas 2 kerusi DUN di Alor Setar.”

Ketua DAP di Parlimen ini berkata demikian ketika berucap pada ceramah Selamatkan Malaysia di Alor Setar malam tadi.
Minggu lalu, Kit Siang meramalkan PH boleh mengambil alih kerajaan persekutuan daripada BN jika berjaya menambah 10% sokongan pengundi Melayu dan 5% peratus melibatkan kaum Cina dan India dalam PRU14.

Kit Siang berkata, jika kemungkinan itu berlaku PH berupaya untuk memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung.
Unjuran itu menunjukkan sekiranya PH dapat menarik 10% pengundi Melayu dan 5% sokongan pengundi Cina dan India dari BN berbanding PRU13, akan ada tsunami politik Malaysia, Umno dan BN akan keluar dari Putrajaya dan PRU14 akan membentuk kerajaan persekutuan PH di Malaysia, kata beliau.

Katanya, di bawah persekitaran itu, meskipun PAS memainkan peranan sebagai ‘pemecah undi’, PH bukan sahaja boleh memenangi majoriti di Parlimen tetapi berupaya untuk menguasai Perak, Negeri Sembilan dan Johor selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

“Bagaimanapun, di bawah senario ini, hasil di Kedah adalah 18-18, kebuntuan antara PH dan BN, dengan PAS tidak dapat memenangi sebarang kerusi di Kedah walaupun calon PAS akan bertanggungjawab atas kemenangan BN sebanyak 14 daripada 18 kerusi kerana pecah undi,” kata beliau sambil menambah, DAP boleh membantu PH memecahkan kebuntuan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana