DAP 'kitar semula' isu kerana tiada modal baru...

DAP nampaknya sudah ketandusan modal dan terdesak apabila memainkan isu `kitar semula’ mengenai pembinaan Jambatan Manong dengan melempar fitnah dan pembohongan untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)

Fitnah dan pembohongan itu yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming baru-baru ini mendapat kecaman daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Menurut Zainol, Kor Ming  secara terang-terangan menabur fitnah dan menyemai politik kebencian berhubung janji kerajaan untuk membina Jambatan Manong seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Tuduhan Nga kononnya kerajaan berjanji membina Jambatan Manong sejak 1986 lagi adalah satu pembohongan kerana kelulusan pembinaan jambatan itu hanya diumumkan pada 10 Jun 2016 oleh Perdana Menteri selepas diperjuangkan sejak beberapa tahun oleh wakil rakyat di Kuala Kangsar termasuk Allahyarham Wan Khair'il Anuar Wan Ahmad.

"Motif Nga mudah iaitu untuk membangkitkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan, sama seperti ketika pembohongan mereka dibongkar semasa kempen pilihanraya kecil Kuala Kangsar kononnya sudah berlaku tiga kali majlis pecah tanah pembinaan jambatan Manong.

"Kali ini, Nga dan rakan-rakannya tiba-tiba menjadi begitu prihatin mahu menjadi 'hero' dengan bergambar di tapak pembinaan jambatan sebelum memuatnaik ke laman sosial dan menghambur kata-kata kesat menuduh kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berbohong dan memungkiri janji." kata Zainol dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Beliau menambah, hakikatnya, sebaik diumumkan oleh Perdana Menteri, usaha untuk melaksanakan projek berkenaan sudah dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan termasuk melalui proses penyediaan brif projek, pelantikan ketua pasukan pelaksana, penyediaan data ukur, pelantikan kontraktor, penyediaan rekabentuk awalan.

Katanya lagi, perhatian kerajaan terhadap pelaksanaan projek ini amat jelas apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sendiri turun ke tapak projek untuk meninjau kerja-kerja awal dan memberi jaminan pembinaannya akan dimulakan sebaik proses pengambilan tanah selesai.

Menurut beliau, selepas proses rekabentuk terperinci selesai pada Disember 2016, tender secara terbuka bagi pelaksanaan projek ini diiklankan pada 31 Januari 2017 dan berakhir pada 13 Mac 2017. Bagaimanapun, penyerahan tapak projek ini hanya dapat diselesaikan pada 31 Julai 2017 (Isnin) baru-baru ini.

"Jika Nga begitu prihatin, beliau juga boleh mendapatkan maklumat mengenai status projek ini melalui saluran yang sepatutnya, tetapi beliau memilih untuk melakukan perkara yang sememangnya menjadi kegemaran beliau selama ini, iaitu melemparkan pembohongan dan maki hamun untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

"Inilah jenis pemimpin DAP seperti Nga yang tidak ada perasaan berdosa dengan meneruskan pembohongan berterusan secara nyata."kata Zainol.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana