Dah Terbukti, Jazlan Sahkan Pendedahan Ahmad Zahid Benar

Pendedahan maklumat mengenai susur galur Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, adalah benar dan tepat.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perlu diingatkan bahawa sistem pengenalan ‘bin’ hanya diperkenalkan selepas terbentuknya Malaysia dan Mahathir lahir sebelum Merdeka.

“Bilakah Mahathir dilahirkan? Bilakah negara ini mula menggunakan ‘bin’? Dia dilahirkan sebelum kemerdekaan, semasa pemerintahan British.

“Ramai yang hanya sekadar tahu bahawa ‘Mahathir bin Mohamad’…Itu yang awak tahu, yang awak tak tahu?

“Jadi betullah apa yang didedahkan oleh Zahid itu,” katanya ketika sidang media di Bangsar hari ini.

Sebelum ini Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno, mendakwa bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun.

Menurutnya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.

“Itulah sebabnya orang itu (Mahathir) kata Melayu mudah lupa, dia lupa dia dah 22 tahun. Saya tak sentuh peribadi.

“Tetapi ini IC (kad pengenalan) biru dia dulu, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini dihantar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Patutlah dia kata kita mudah lupa, anak laki-laki Iskandar Kutty.

“Orang itulah yang perjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan orang Melayu ,” katanya ketika berucap di majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya, baru-baru ini.

Menjawab kepada dakwaan Zahid itu, Mahathir berkata, nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada.

Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.

Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.

Justeru Jazlan meminta orang ramai untuk membuat lebih kerja bagi mendapatkan maklumat mengenai ‘Bin sebenar Mahathir’.

“semak balik nama Dr mahathir yang beliau pakai semasa pendaftaran di univerisiti dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu ditanya, adakah tidak salah tindakan Zahid mendedahkan nama dan nombor kad Pengenalan Mahathir, Nur Jazlan berkata ‘itu rekod awam’.

“Semua orang boleh tahu nama kita…jadi untuk untuk mendedahkan apa yang tertera atas kad tak salah cuma jadi salah apabila nombor kad pengenalan kita digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya lagi.

Oleh itu, Nur Jazlan menegaskan bahawa isu ini hanya dijadikan bahan mainan politik.

“Isu ini telah dipolitikan sebab itu ada banyak cara nak mengenal pasti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana