Cucu Kuan Yew Berdepan Tindakan Undang-Undang

SINGAPURA: Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan undang-undang ke atas cucu lelaki pengasas Singapura, Lee Kuan Yew berhubung kenyataan kontroversi yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Jumaat, Dewan Peguam Negara (AGC) berkata, pihaknya memohon kebenaran kerajaan untuk membicarakan Li Shengwu berhubung status Facebook yang disiarkan pada Julai lalu yang mendakwa kerajaan mengekang amalan kebebasan bersuara.
Shengwu, ahli akademik di Universiti Harvard, merupakan anak sulung Lee Hsien Yang, anak bongsu kepada mendiang Kuan Yew.

Beliau turut menyiarkan kenyataan yang mendedahkan perbalahan antara bapa, ibu saudara dan bapa saudaranya.Pertikaian antara tiga anak Kuan Yew itu, Lee Hsien Loong yang kini merupakan Perdana Menteri Singapura, Hsien Yang, seorang eksekutif korporat dan pakar neurologi, Lee Wei Ling, melibatkan hal rumah mendiang bapa mereka iaitu sebuah banglo lama.

Kuan Yew, dikenali sebagai pemimpin yang memodenkan Singapura sehingga menjadi antara negara terkaya di Asia, menyatakan wasiat untuk memastikan rumah tersebut dirobohkan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas kematiannya.

Namun adik beradik Hsien Loong mendakwa, abang mereka cuba menghalang wasiat ayah mereka itu dengan niat untuk meneruskan agenda politik.
Hsien Loong menafikan tuduhan tersebut dan menolak kemungkinan untuk menyaman kedua-dua saudara kandungnya itu.

Pertikaian itu diketahui umum selepas Shengwu mendedahkannya dalam laman sosial.
Pihak Pejabat Peguam Negara menyifatkan kenyataan Shengwu sebagai 'serangan tidak berasas terhadap sistem Kehakiman Singapura.

Pihak terbabit meminta Shengwu memadamkan kenyataan itu dan memohon maaf.
Namun Shengwu menjelaskan bahawa beliau tidak berniat menyerang sistem kehakiman negara.
"Sebarang kritikan yang saya lemparkan kepada kerajaan Singapura merupakan lumrah bantahan dan mengikut undang-undang serta selaras dengan kebebasan bersuara," katanya.

Bagaimanapun AGC tidak menerima penjelasan Shengwu itu, dan akan memfailkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi. - Al Jazeera
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment