BERBILION RINGGIT RUGI DI BAWAH DR. MAHATHIR....KAYA RAYA KRONI DAN ANAK BERANAK DIA JUA

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering membuat serangan terhadap di­rinya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sedangkan bekas Perdana Menteri itu sendiri gagal ketika mentadbir sehingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit.

Presiden UMNO berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga kurang mengambil peduli kepentingan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat semasa menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, tindakan menyelamat (bailout) terpaksa diambil ke atas projek-projek Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas, sedangkan pentadbiran kerajaan sekarang berjaya menyiapkan projek kemudahan transit aliran massa (MRT) dengan kos munasabah.

“Proton Holdings Berhad (Proton) gagal dan kena diselamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion. Perwaja Holdings Berhad (Perwaja), Malaysia Airlines (MAS) dan Empangan Bakun pun rugi.

“Zaman dia (Dr. Mahathir), kerugian sebanyak RM33 bilion dalam urus niaga mata wang asing (forex). Dia asyik sebut pasal 1MDB sedangkan kita ada tanah dan aset yang boleh tarik pelabur dan mengembalikan semula keuntungan.

“Kerugian RM33 bilion itu siapa hendak jawab? Nanti dia jawablah kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),” katanya ketika ber­ucap me­rasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan barisan kepemimpinan setempat.

Dalam pada itu, Najib berkata, pendirian Dr. Mahathir yang enggan kembali kepada UMNO tidak mendatangkan masalah kerana kekuatan parti bukan terletak kepada individu sebaliknya perpaduan, semangat dan kesetiaan lebih tiga juta ahlinya.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, sejarah membuktikan UMNO berjaya menempuh pelbagai liku termasuk ketika tindakan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar meninggalkan UMNO tetapi parti itu terus maju kerana sokongan padu ahlinya.

“Sebab itu bila Tun Mahathir kata sudah keluar (UMNO), tidak masuk semula, teruskanlah. Tidak balik pun tidak jadi masalah kepada UMNO.

“Saya bukan takbur atau menghina beliau tetapi sedar dengan penuh tawaduk bahawa menjadi Presiden parti pun tidak kuat, yang kuat tiga juta ahli UMNO yang me­nyokong kepemimpinan,” katanya.

Sementara itu, beliau sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukan jaminan terhadap penyelesaian masalah atau dapat menjanjikan keadaan lebih baik.

Beliau menganggap ia tindakan bodoh jika lebih mendatangkan keburukan kepada rakyat dan negara.

“Tukar kerajaan jadi lebih baik, masuk akal. Kalau lebih buruk, lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana, itu bodoh punya kerja. Minta maaf cakap tetapi itu memang bodoh punya kerja.

“Buat apa mahu tukar kerajaan kerana kita mempunyai kerajaan yang berada di landasan terbaik untuk mentadbir negara,” katanya.

Utusan
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment