Bekas Pekerja Tuntut Mahathir Sumpah Junjung Al-Quran Nafi Dakwaan

Bekas Pekerja kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Hameed B. Gulamaideen hari ini mencabar Pengerusi PPBM itu untuk bersumpah menjunjung Al-Quran di depan makam wali yang disegani di Kedah, yang juga Sultan Kedah terdahulu Almarhum Sultan Abdul Hamid.

Beliau dalam satu kenyataan media hari ini, menuntut jika apa yang didakwanya sebelum ini dalam satu sidang media di Petaling Jaya adalah satu pembohongan, Mahathir perlu berbuat demikian untuk membersihkan namanya dan menamatkan spekulasi orang ramai terhadap diri bekas Perdana Menteri itu.

Dalam sidang media itu, Abdul Hameed berkata Mahathir ada menyimpan wang kertas RM1,000 dan RM500 sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang disimpan di Taiwan dari tahun 1982 hingga 1995.

Sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65,417,100 keping not RM1,000 berada dalam simpanan Mahathir di luar negara.

“Saya ada maklumat wang RM1,000 dan RM500 masih berikat ada Taiwan. Kami ada senarai nombor siri wang ini berjumlah RM83 bilion.

“Masa Tun M kerja di Kementerian Kewangan, ada tiga orang yang tahu akan perkara ini.

“Wang-wang ini dicetak di London dan dihantar ke Taiwan dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat dari tahun 1982 hingga 1995. Wang itu masih ada di sana.

“Saya cuba nak bawa balik, tapi ada halangan daripada pihak mereka,” katanya dalam sidang media itu yang dibuat di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP).

Abdul Hameed berkata sehingga hari ini Mahathir sudah diketahui tidak akan mengambil peduli dakwaannya kerana takut ia akan terbongkar sekiranya Mahathir melayan desakannya itu.

“Mahathir jika ada desakan atau dakwaan benar, dia tidak akan sesekali melayannya. Jika ia dilayan, ia akan semakin diperkatakan dan perkara sebenar nanti akan terbongkar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata jika ada pihak cuba menggugat kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri pada ketika itu Mahathir lebih cenderung menahan individu berkenaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada membiarkan orang berkenaan bebas dan menyebarkan dakwaan berkaitan beliau.

“Saya berharap, Mahathir akan berani bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Quran di hadapan makam Almarhum Sultan yang juga wali yang disegani di Kedah ini dan nafikan semua dakwaan saya terhadap beliau,” katanya. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana