Bekas Pekerja Mahathir Ada Bukti Mahathir Tipu Pasal Istilah A/L

Seorang bekas pekerja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas tulisan bekas bosnya di dalam blog, yang menyatakan tidak ada istilah ‘anak lelaki’ (a/l) digunakan untuk kaum India Muslim di negara ini adalah tidak benar.

Individu itu, Abdul Hameed B. Gulamaideen dalam satu kenyataan media hari ini menyertakan bukti beberapa dokumen rasmi di Malaysia yang menggunakan istilah a/l untuk anak lelaki dan tidak menggunakan bin atau binti pada awalnya.
                                            Tulisan Mahathir dalam blognya.

Beliau mengemukakan salinan buku bank dan beberapa dokumen rasmi miliknya yang berketurunan kaum India Muslim yang dengan jelas ada menggunakan istilah a/l.

“Kita ada bukti Mahathir berbohong dalam blognya kerana ada dokumen rasmi di negara ini dulu menggunakan istilah anak lelaki seperti ini untuk mereka yang berasal dari keturunan mamak.

“Saya keliru dan pelik kenapa Mahathir begitu jijik untuk mengakui bahawa beliau adalah mamak dan namanya dulu ada menggunakan istilah itu seperti yang didedahkan oleh TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid,” kata beliau yang lebih senang dikenali dengan Mamu Hameed.

Dokumen berkenaan tertera nama beliau Abdul Hameed a/l B. Gula Maideen satu nama yang memang menggambarkan asal keturunan mamak di negara ini.

Beliau sendiri yang menyatakan bahawa Mahathir dalam isu istilah a/l ini adalah seorang pembohong.

Abdul Hameed pernah mengadakan sidang media dan memberi amaran kepada Mahathir supaya berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau rahsia beliau akan didedahkan.

Mamu Hameed berkata kenapa Mahathir hendak kaitkan isu lain yang tidak ada kena mengena dengan hal nama ini sedangkan Ahmad Zahid hanya dedahkan nama sebenar Mahathir iaitu Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Mahathir mengungkit semula soal RM230 juta yang dikatakan gagal dijelaskan oleh Ahmad Zahid satu masa dulu.

“Jangan pusing cerita, kenapa susah mahu mengaku nama sendiri, apa hendak malu berketurunan mamak di negara ini.

“Tindakan tukar topik pula dan tuduh pula Zahid ada wang sebegitu rupa tidak patut dilakukan oleh seorang pemimpin seperti Mahathir,” katanya.

Pendedahan nama Mahathir oleh Zahid itu dilihat menggemparkan seluruh negara kerana kebanyakan rakyat sebelum ini tidak mengetahui bahawa Mahathir sebenarnya adalah berketurunan India mamak yang datang dari Kerala. – pru14.tv
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment