BAS SELANGORKU YANG DIBANGGAKAN ADUN DAP JOHOR VS BAS MUAFAKAT JOHOR

Kenyataaan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh YB Wong Shu Qi, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senai membanding beza polisi perkhidmatan bas percuma antara kerajaan Selangor dan kerajaan Johor sedikit membuka hati saya untuk menulis mengenainya.

Pertamanya, kita sebagai rakyat perlulah bersifat terbuka dan menerima hakikat bahawa kedua-dua polisi perkhidmatan bas percuma yang dijalankan oleh Kerajaan Selangor mahupun Kerajaan Johor adalah polisi yang baik dan bersifat pro-rakyat.

Namun disebalik polisi yang pro-rakyat ini, kita juga perlulah melihat sama ada pelaksanaannya juga adalah pro-rakyat dan memberikan manfaat yang sepenuhnya kepada rakyat Malaysia, terutama rakyat negeri tersebut.

BAS SELANGORKU VS BAS MUAFAKAT JOHOR

Di Selangor, bas percuma ada di semua PBT. Nampak macam hebat bukan? Tetapi sebenarnya ia telah bertentangan dengan objektif penubuhan Bas Selangorku iaitu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada warganegara Malaysia.

Namun, sebaliknya yang terjadi. Bas Selangorku ini dipenuhi dengan warganegara asing. Naik, naik bas, jumpa orang Nepal, Indonesia, Bangla, Kemboja, Thailand. Macam pergi ASEAN Summit! Fuh! International!

Tetapi mungkin Pakatan Harapan terlupa bahawa bajet yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk perkhidmatan bas percuma adalah untuk warganegara Malaysia, terutamanya rakyat Negeri Selangor!

Dalam satu temuramah surat khabar tempatan, Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali ada ditanya mengenai lambakan warganegara asing memenuhi Bas Selangorku. Dengan selamba beliau menyatakan beliau tidak menafikan bas yang menyediakan perkhidmatan percuma kepada penduduk Selangor itu kini dipenuhi dengan warga asing. Beliau berkata, kerajaan negeri sukar untuk menyekat mana-mana warga asing yang mahu menaiki bas berkenaan dan menyatakan warga asing juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi Selangor. Saya hanya mampu menepuk dahi mendengar ucapan ini.

Namun perkara sebaliknya yang berlaku di Johor. Kerajaan Negeri Johor telah mengenal pasti beberapa laluan utama yang mempunyai trafik penumpang yang tinggi dan dijadikan laluan kepada Bas Muafakat Johor.

Laluan-laluan tersebut telah dibuat kajian terlebih dahulu oleh Perbadanan Pengangkuatan Awam Johor (PAJ), iaitu anak syarikat kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan perkhidmatan ini. Bukan semua tempat ada Bas Muafakat Johor, sebab risau bas tersebut akan kosong dan membazirkan wang rakyat semata-mata.

Contohnya di Selangor, Bas Selangorku ada di bandar-bandar besar seperti Kota Damansara, Subang, Shah Alam, Sepang, sedangkan majoriti rakyat di sana menggunakan perkhidmatan MRT atau taxi alternatif iaitu perkhidmatan GRAB atau UBER yang lebih murah, cepat dan efektif dengan struktur keadaan bandar berkenaan.

Polisi yang nyata membezakan antara polisi Bas Selangorku dan Bas Muafakat Johor adalah, untuk Bas Muafakat Johor hanya untuk rakyat Malaysia SAHAJA! YB Azmin Ali kata mustahil di Selangor, tetapi di Johor kita melakukannya tanpa sebarang masalah. Setiap penumpang perlulah mendaftar menggunakan Kad Pengenalan masing-masing dan akan diberikan sekeping kad Bas Muafakat Johor. Setiap penumpang yang naik perlu ada Kad Muafakat Johor yang telah didaftarkan berdasarkan kad pengenalan warganegara Malaysia yang sah. Apa yang susahnya?

Sifat berdolak dalih Pakatan Harapan ini menyebabkan rakyat Selangor terpaksa ‘bersaing’ untuk naik turun bas bersama warganegara asing dan yang lebih penting, dana rakyat disalurkan kepada orang asing.

Fikir-fikirkan.

CHIONG SEN HOW
Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Kluang
Ahli Parlimen Belia Negeri Johor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana