Bagi penerangan salah... Tak bagi penerangan salah... sekarang ni kau nak apa sebenarnya..

Saya sedih dengan pemimpin PAS kerana berjumpa dengan Arul, Tahniah saya ucapkan ujar Mahfuz Omar

Datuk Mahfuz Omar mengucapkan “tahniah” kepada presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy kerana berjaya meyakinkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan parti itu sehingga berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan firma tersebut.

Pada masa sama, beliau juga mengucapkan takziah kepada Tuan Ibrahim dan PAS yang secara terang diperdayakan oleh “ahli silap mata” 1MDB.

“Saya yakin pimpinan parti saya (PAS) terutama sekali Tuan Ibrahim tidak akan mudah untuk ‘diperdayakan’ oleh pengurusan 1MDB dalam masa 3 jam,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Namun beliau mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim dengan selamba boleh “berpuas hati” dengan pelan rasionalisasi 1MDB.

Satu pertemuan meja bulat diadakan secara tertutup antara pimpinan dan sebahagian ahli Parlimen PAS dengan Arul Kanda, kelmarin.

Pertemuan itu diketuai oleh Tuan Ibrahim yang merupakan satu-satunya pimpinan kanan PAS yang sebelum ini konsisten menegur kepincangan urus tadbir dan skandal 1MDB.
Menurut Mahfuz, pelan rasionalisasi itu hanya 1 gimik ‘silap mata’untuk menunjukkan 1MDB bebas daripada bebanan hutang.

“Tidakkah Tuan Ibrahim dan rakan-rakan dalam parti saya (PAS) nampak susunan pelan rasionalisasi 1MDB ini adalah pelan untuk melindungi penyangak negara dan segala malapetaka serta bala hutang 1MDB yang akhirnya terpaksa ditanggung dan dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana