Azmin Ali, Menteri Besar Yang Talam Dua Muka

Ada drama yang masih tidak diketahui jalan ceritanya sedang dilakonkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana nampak sudah bersikap talam dua muka dengan dua buah parti iaitu PAS dan PAN.

Di Twitter, pada 18 Ogos, Azmin tweet gambar beliau bertemu Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengadakan perbincangan secara panjang lebar berkenaan strategi memperkukuh dan menjana sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Sebelum itu, pada 12 Ogos pula, Azmin bersama Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pula mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan perbincangan. Menurut kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) ada rundingan yang tidak rasmi antara beliau dan PAS bagi pihak PH dengan harapan PAS menyertai pakatan itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Apakah yang diperkatakan kepada Mat Sabu tentang pertemuan dengan Abdul Hadi itu? PAN merupakan parti serpihan perpecahan dengan PAS selepas banyak pemimpin yang kini dalam PAN kalah dalam pemilihan PAS pada masa itu menyebabkan mereka keluar parti dan menubuhkah parti serpihan itu.

Sebelum pertemuan dengan Mat Sabu, Azmin ada menyatakan bahawa rundingan dengan PAS perlu ditingkatkan ke peringkat yang rasmi untuk memastikan mereka menyertai PH bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Azmin sedar, kerana kemenangan pembangkang di beberapa negeri banyak dibantu oleh sokongan jentera PAS di seluruh negara.

Tindakan Azmin berunding dengan PAS kini membuatkan rakan sekutu PKR dalam PH tidak selesa kerana beliau dikatakan pandai-pandai berunding tanpa berbincang dulu dengan Majlis Presiden PH.

Adakah beliau yang juga Menteri Besar Selangor sudah kecut, dan terpaksa menghadap satu demi satu pimpinan parti sekutu untuk memberikan penjelasan berkenaan pertemuan beliau dengan Abdul Hadi.

Apakah ada perkara yang disembunyikan oleh Azmin masa jumpa Mat Sabu untuk menjaga intipati rundingan dia dengan Abdul Hadi takut-takut PAS terus enggan berunding dengan mereka untuk menyertai PH.

Bagaimanapun, perbuatan Azmin memang umpama talam dua muka kerana dia mahu menjaga hati kedua-dua belah pihak memandangkan PAS dan PAN ada kerusi yang banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pasti akan buat Azmin risau akan kehilangan kedudukannya. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana