Apabila Mat Sabu Cuba Lari Dari Isu Memali…

Satu ketika dahulu, sewaktu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah seorang yang cukup lantang menghentam kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu Memali. Ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan olehnya bagi menggambarkan kekejaman Mahathir dalam menangani isu membabitkan pertumpahan darah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Boleh dikatakan, setiap kali dia mengadakan ceramah, dia akan selitkan kisah insiden Memali dan sedaya upaya menuntut Mahathir dan kerajaan memohon maaf kepada semua waris mangsa yang terlibat. Sehinggakan, dia sanggup menubuhkan satu tabung Memali bagi mengutip derma kononnya untuk diserahkan kepada waris mangsa Memali.

Itu kisah semasa dia menjadi Naib Presiden PAS di mana kebanyakan sokongan yang dia terima hanya dengan menjaja isu Memali. Malah, dia tanpa segan silu menuduh semua anggota keselamatan yang terlibat sebagai orang suruhan Mahathir dan Tun Musa Hitam untuk menghapuskan sebarang gerakan yang diketuai oleh Allahyarham Ibrahim Libya.

Itu dahulu, hari ini nada Mat Sabu sudah berubah sebaik sahaja Mahathir mengetuai PPBM dan menjadi Pengerusi buat Pakatan Harapan, sebuah pertubuhan yang sehingga kini masih gagal di daftarkan secara sah.

Dalam satu kenyataan, dia berkata, terpulang kepada Mahathir sendiri samada ingin memohon maaf kepada waris mangsa Memali ataupun tidak. Malah dia turut berkata, Mahathir sudah cukup bijak untuk membuat keputusan samada mahu memohon maaf ataupun tidak dan dia tidak ada kuasa untuk bercakap bagi pihak Mahathir.

Bukankah dahulu Mat Sabu menggunakan isu ini untuk menyerang Mahathir? Bukankah dahulu Mat Sabu mendakwa Mahathir dan Tun Musa Hitam adalah dalang disebalik serangan pada waktu Subuh berkenaan? Paling utama, bukankah Mat Sabu pernah berkata, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi membela nasib semua waris mangsa Memali dahulu?

Hari ini rentaknya sudah berubah. Mat Sabu sudah tidak lagi memperdulikan apa jua nasib penduduk yang terlibat dalam insiden berkenaan walaupun dia mendakwa menyokong dan tidak membantah sekiranya RCI ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini.

Satu lagi persoalan yang harus dijawab oleh Mat Sabu adalah, kemana tujunya semua hasil kutipan tabung Memali yang diusahakannya semasa dia masih menjadi ahli PAS? Adakah wang tabung berkenaan sudah diserahkan kepada mereka yang berhak ataupun tabung berkenaan sudah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Memali termasuk dengan isi kandungannya sekali?

Nampaknya, Mat Sabu benar-benar beretorik dalam hal ini. Dahulu, suaranyalah paling lantang menyerang Mahathir. Hari ini, suaranyalah paling perlahan dalam membicarakan tentnag isu Memali. Bak kata Timbalannya, Salahuddin Ayub, sesiapa sahaja yang menyertai Pakatan Harapan, “dosa politiknya” akan terhapus dan orang itu diibaratkan seperti kain putih….

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana