Apa Jasa PERKASA Selain Dari Menyumbang Kepada Perpecahan Melayu?

Pertubuhan Pribumi Bersatu (PERKASA) satu ketika dahulu pernah dilaungkan sebagai satu pertubuhan NGO yang akan membela nasib orang Melayu dan tanahair dari sebarang ancaman. NGO ini mendakwa, mereka adalah satu pertubuhan yang akan menjadi tulang belakang buat kerajaan dan UMNO khususnya dari terus diserang oleh para musuh-musuhnya.

Namun, sejak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk menyebelahi pembangkang dalam usahanya menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, segala iltizam dan sumpah mereka untuk mempertahankan kerajaan dan menjaga kebajikan kaum Melayu, dilupakan begitu sahaja.

Setiap satu usaha kerajaan, walau sebaik mana untuk rakyat Malaysia, PERKASA akan muncul mempertikaikannya. Persoalannya, apa jasa PERKASA kepada negara selain daripada membawa kepada perpecahan berterusan kepada kaum Melayu yang dibuat oleh barisan kepimpinannya?

Adalah satu perkara yang menghairankan apabila Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali mengecam majlis pecah tanah pembinaaan East Coast Rail Link yang berlangsung di Kuantan, semalam. Syed Hassan mendakwa, tiada langsung bendera Malaysia dikibarkan malah hampir kesemua tulisan termasuk pengacara majlis berbahasa Mandarin seolah-olah menggambarkan majlis berkenaan sudah hilang jati diri negara.

Disamping itu, menerusi kenyataan Syed Hassan, dia menggambarkan Datuk Seri Mohd Najib seolah-olah menggadaikan hak negara kepada China menerusi projek ini. Memang agak menghairankan, adakah PERKASA dan Syed Hassan ini berada di bawah tempurung atau tinggal dalam mana-mana jaringan gua yang ada di Malaysia?

Dakwaan Syed Hassan kononnya langsung tiada identiti Malaysia pada majlis berkenaan merupakan satu penipuan yang cukup nyata. Pada majlis berkenaan, Jalur Gemilang berkibar megah disamping diapiti oleh bendera negara China sebagai pelabur utama dalam projek berkenaan. Malah, lagu kebangsaan Negaraku juga turut berkumandang seperti mana kebiasaannya pada setiap majlis yang dihadiri oleh Datuk Seri Mohd Najib.

Jika Syed Hassan mempertikaikan penggunaan bahasa Mandarin, dia seharusnya faham bahawa majlis berkenaan turut dihadiri oleh wakil dari kerajaan China dan kontraktor yang bakal membangunkan projek berkenaan. Sudah tentu bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penghantar utama kerana bahasa berkenaan adalah bahasa universal.

Bahasa Mandarin pula digunakan bagi memudahkan para jemputan dari China memahami duduk sebenar sesuatu majlis. Adakah Syed Hassan ini terlalu naif sampai tidak tahu apa itu penggunaan bahasa yang sesuai dalam satu-satu majlis bersifat antarabangsa?

Paling utama, adakah Syed Hassan menganggap cara Mahathir membangunkan negara menerusi pinjaman berskala besar kepada Bank Dunia itu satu cara paling sesuai tanpa penglibatan mana-mana negara? Jika itu yang difikirkan Syed Hassan, maknanya dia menentang sebarang projek perlaburan di bawa masuk kedalam negara.

Atau mungkin sahaja, syarikat luar waima dari Zimbabwe sekalipun, jika melabur, kerajaan telah menjual maruah dan aset negara kepada negara berkenaan. Inikah mentaliti seorang setiausaha? Memang PERKASA cukup memalukan dan memang menjadi NGO ejen Mahathir bagi merosakkan pemikiran kaum Melayu bagi membolehkan kaum Cina DAP mentadbir negara.

Inilah persoalan utama yang harus dijawab oleh Syed Hassan dan Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden. Apa sumbangan PERKASA kepada kemajuan negara? Apa yang mampu dilakukan oleh PERKASA bagi menjaga kebajikan kaum Melayu selain dari menjadi hamba suruhan Mahathir yang kini bertuankan Lim Kit Siang dan DAP? Berhentilah PERKASA dari mempergunakan nama Melayu pada jati diri pertubuhan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana