Anwar Tidak Puas Hati Pelantikan Md Raus Sharif Sebagai Ketua Hakim Negara

BUKAN Sahaja pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara tidak disetujui oleh pembangkang,sebaliknya apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan ini tidak disenangi selagi Barisan Nasional merupakan parti pemerintah hari ini.

Boleh dikatakan sejak zaman sebelum Mahathir,Abdullah Ahmad Badawi,Najib,pro pembangkang bersikap tidak adil dengan pandangan mereka sendiri selagi ketua kerajaan dari Barisan Nasional.

Dengan penubuhan pakatan penggugat Barisan Nasional seperti Barisan Alternatif,Pakatan Rakyat,Pakatan Harapan dan apa lagi pakatan yang akan ditubuhkan keadaan sama tetap berlaku selagi negara ini diterajui oleh pemimpin-pemimpin dari UMNO/Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim yang bermusuhan dengan Mahathir sehingga lahirnya PKR dilaporkan oleh portal atas talian,beliau berkata, pelantikan Md Raus Sharif menjadi satu titik hitam dalam sejarah kehakiman dan perlembagaan di Malaysia seolah-olah lupa titik hitam membaluti diri.

Rasa tidak puas hati Anwar boleh dilihat dalam kenyataannya sehingga Datuk Seri Najib yang juga perdana menteri turut menjadi sasaran,katanya,pelantikan ini serta pelantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, diteruskan oleh Dato’ Sri Najib Razak walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk dari pakar perundangan tersohor, Majlis Peguam dan wakil-wakil rakyat.

Dari sudut lain,apa yang tidak pernah dibantah oleh pembangkang sehingga bangkangan yang dibuat seolah-olah meletakkan kelahiran pembangkang dari”longkang”.

Kononya pelantikan Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara ,Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Najib telah menonjolkan sikap tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang Negara tanpa memberi fakta sebanar mengapa dan kenapa dua orang yang dilantik itu tidak layak.

Rakyat Malaysia kini lebih terbuka malah telah maklum setiap apa yang hendak dilakukan pastinya ada bantahan dan sokongan sebelum ia di terjemahkan keperingkat pelantikan,pembinaan dan sebagainya.

Keluhan dan resah Anwar boleh dianggap politik semata-mata memandangkan keterujuaan Pakatan Harapan untuk memerintah Malaysia sedang di laungkan.

Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) boleh kata tidak apa sahaja termasuk mendakwa Najib tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang Negara,kerana pelantikan yang telah dibuat itu berdasarkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,hanya orang tidak berpuas hati dan buas hati sahaja akan membutakan mata mematikan kebenaran.

Sikap Ketua Umum Pakatan Harapan membuktikan selagi Barisan Nasional menguasai kerusi Parlimen dan Dun,selagi itulah pembangkang tidak berpuas hati walaupun setiap rakyat mampu membina rumah bertiangkan emas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana