Anggota ATM terlibat Op Daulat 2013 terima pingat keberanian

KOTA KINABALU – Sebanyak 61 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat menentang pengganas dalam Op Daulat 2013 dianugerahkan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) atas jasa dan pengorbanan kepada tanah air.

Selain anggota terbabit, panji-panji bagi kesemua 24 rejimen ATM yang terlibat dalam Op Daulat turut dipasangkan pingat itu yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Kesemua pingat berkenaan disampaikan bersempena Perbarisan Penganugerahan ‘Battle Honour’ Daulat Februari 2013 di Padang Merdeka di sini malam tadi.

Pada 12 Februari 2013, kawasan timur Sabah telah dikejutkan de­ngan kehadiran 200 penceroboh bersenjata yang diketuai pengganas Agbimuddin Kiram. Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac 2013 selepas kejadian serangan hendap oleh pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan. Dalam tempoh berkenaan, seramai 72 orang penceroboh berjaya ditembak mati, lima cedera, 551 lagi ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan di bawah pelbagai kesalahan.

Operasi berkenaan menyaksikan 8,147 anggota keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam tugas-tugas khas di barisan hadapan bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Sementara itu, Hishammuddin dalam ucapannya berkata, majlis malam ini memberi makna kepada setiap rakyat untuk tidak lupa dengan kejadian tersebut serta sentiasa menghargai sumbangan yang diberikan pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan negara, kejadian berkenaan membuktikan bagaimana tingginya tahap keberanian dan patriotisme setiap anggota.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana