Anda Kenal Ker Mamat Ini....Tentu Ramai Yang Keneal Kot...Kena Tangkap Oleh SPRM

Tahanan terbaru SPRM dalam kes Felda Investment Corporation (FIC) beli hotel empat bintang di Kuching, Sarawak agak mengundang perhatian ramai.

Ini kerana Zahid Md Arip yang ditahan reman lima hari untuk bantu siasatan kes itu bukan sahaja bekas Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad tetapi dikenali sebagai seorang aktivis politik.

Dia merupakan bekas Musyridul Am NGO bernama Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)  sebelum menyertai Isa sebagai Pegawai Khas di pejabat Pengerusi Felda pada 2011.

Zahid letak jawatan tahun lalu dan baru-baru ini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Dia ditahan SPRM pada pukul 4 pagi Selasa di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Penahanan dia diberitahu oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada satu sidang akhbar selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Pada jam  2.15 awal petang Selasa Zahid dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dimana perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman .

Setakat ini, empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada tahun 2014.

SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana