Amukan Prebet Adam: “Konspirasi Pemimpin Dan Seksaan Melampau”

KUALA LUMPUR: Hampir tiga dekad lalu kita  digemparkan  dengan peristiwa hitam “Amukan Prebet Adam” yang dimomokkan bahawa ianya tercetus berikutan pembunuhan adiknya yang dipukul sehingga menyebabkan kematian ekoran mangsa mentertawakan kegagalan bola golf “Kerabat DiRaja Johor” memasuki  lubang.

Ramai yang mempercayai bahawa kononnya adik Prebet Adam dibunuh oleh “Kerabat Diraja Johor”, walaupun sebarang bukti yang kukuh  masih tidak lagi dapat dirungkaikan sehingga kini.

Namun Penulis Buku Konfensi  Prebet Adam,  Syahril A. Kadir telah  mengangkat  kembali kisah beliau  sebagai suatu kisah kebenaran yang diselindungkan oleh individu berkepentingan pada ketika itu.

Hakikatnya, insiden kematian adiknya yang “dipukul oleh Kerabat Diraja Johor” hingga menyebabkan kematian dan kononnya beliau ingin membalas dendam adalah fitnah  dan tidak pernah timbul sama sekali.

Menurut Syahril yang merupakan bekas Wartawan Jenayah Utusan Melayu yang menemui  Prebet Adam di Pulau Pinang  telah memohon  bantuannya dengan menceritakan kisah sebenar yang terjadi kepada khalayak ramai.

“Selama 30 tahun saya kena fitnah, saya kena buang dengan keluarga, saya kena hina dengan masyarakat. Mereka kata adik saya kena bunuh disebabkan ada raja bunuh sedangkan hakikatnya perkara itu tidak pernah langsung berlaku.

“Abang bantulah saya untuk berceritakan kepada masyarakat perihal yang sebenar-benarnya. Tolonglah saya,” katanya.

Syahril menyedari  penulisan dan penerbitan buku ini mempunyai risikonya yang tertentu namum, beliau percaya kebenaran akan tetap muncul meskipun Adam telah melakukan perbuatan di luar batas undang-undang namun yang menjadi persoalan yang bermain di mindanya adalah mengapa Adam jadi begitu Agresif?

Cerita Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit bukanlah suatu kisah untuk mengangkatnya sebagai “Hero” atau mahu “menghalalkan” tindakannya tetapi lebih kepada seorang manusia yang berhak meluahkan rasa yang dipendamnya hampir 30 tahun lalu.

“Saya hanya seorang “penulis kecil’ dan tidak mungkin dapat meyakinkan seluruh masyarakat agar ‘menghadamkan’ penjelasan hampir 200 muka surat dalam buku ini yang lengkap dengan gambar dan dokumen mahkamah.

“Adiknya sebenar-benar kisah telah meninggal dunia terlibat dengan insiden kebakaran, di mana ara rumahnya telah jatuh dan menghempap ke atas adiknya yang ketika itu berumur sekitar 2 ke 5 tahun. Beliau menyaksikan sendiri bagaimana adiknya hangus dan mati di hadapan matanya sendiri.

“Benar adiknya mati, tetapi pada insiden kebakaran rumahnya di Pulau Pinang, bukannya mati dalam peristiwa yang digembar-gemburkan dibunuh oleh “Kerabat Diraja Johor,” jelasnya.

Peguam yang membela Adam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu faktor terkuat menyebakan Prebet Adam melakukan perkara tersebut adalah disebabkan beliau menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual di luar batas kemanusiaan oleh seniornya di dalam sebuah kem tentera tempat beliau berkhidmat.

“Kisah buli pada ketika itu terutamanya di kem-kem tentera adalah yang paling dahsyat. Adam menceritakan bahawa setiap hari beliau dipukul, didera dan dicucuh puntung api ke sekitar badannya tanpa belas kasihan, no limit.

“Ada suatu ketika dia dipaksa secara keras untuk menghisap zakar orang yang belum bersunat berulang kali dan perkara itu merupakan seksaan yang paling tidak berperikamanusiaan mendorong lagi amukan beliau, ditambah dengan mengatakan adiknya mati dibunuh.

“Sebelum hari kejadian, tertulis di dinding tempat di mana Prebet Adam menginap yang berbunyi “Celaka bagi Adam, tugas utama membunuh, atau dibunuh”. Menariknya beliau tidak menyedari tulisan itu ditulisnya sendiri. Mengikut psikatri tulisan sebegini seperti text book iaitu semua yang tertulis ini adalah satu tujuan Commit Suicide (bunuh diri) ,” jelasnya berhubung sehari sebelum kejadian amukan itu berlaku.

Diskusi tersebut berlangsung di Rumah Harapan Budi, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana