Al-kisah Guan Eng…dan Ikrar Bebas Rasuah SPRM

Nak cari istilah yang paling sesuai agak rumit .Senang cakap situasi ini memang agak ‘lain macam’ .Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas kes rasuah dan salahguna kuasa Jumaat ketuai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

IBR ini dipelopori oleh SPRM setakat ini sudah disertai oleh sebilangan negeri,kementerian,jabatan agensi dan sebagainya.

Ketua Persuruhjaya SPRM,Datuk Dzulkifli Ahmad hadir menyaksikan ikrar berkenaan yang berlangsung di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown.

Guan Eng akhirnya bersetuju kerajaan pimpinannya buat ikrar IBR setelah ding dong dan letak syarat itu ini.

Maka ikrar berkenaan turut disertakan tambahan 10 Langkah Integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disyaratkan.

Lafaz ikrar IBR Pulau Pinang ini tidak disertai oleh wakil rakyat BN kerana dipercayai tidak terima undangan rasmi dari kerajaan negeri.

Ketika ditemui wartawan,Dzulkifli  yang berasal dari Pulau Pinang kata beliau merasa malu jika negeri asalnya tidak lafaz IBR yang diusahakannya.

Beliau sebelum ini ada menyuarakan kesal dengan dolak dalik kerajaan Pulau Pinang nak buat ikrar IBR.

Guan Eng berdepan dakwaan kes rasuah dan salahguna kuasa berkaitan belian banglo dibawah paras harga dan penukaran status tanah.

Pengurusan kesnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dijadualkan November ini.

Beliau berkeras tidak mahu cuti sementara sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Sebaliknya DAP kalau bab orang lain bukan main kuat desak  lepas jawatan jika hadapi kes rasuah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana