ADUN Senggarang Nafi Keluar UMNO....Buruk Sikap PERKASA ini

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat terlalu terdesak untuk meraih sokongan dari ahli UMNO apabila mewar-warkan bahawa seorang ADUN UMNO bakal menyertai mereka.

ADUN Senggarang Abdul Aziz Ismail menafikan beliau akan keluar Umno dan menyertai PPBM yang bernaung dibawah DAP.Sebaliknya, kata wakil rakyat Umno itu, beliau sebenarnya berbangga berada dalam Umno.

“Sudah tentu tak (keluar parti). Kesetiaan saya kepada Umno, BN tak perlu dipersoalkan.

“Dakwaan tersebut adalah karut. Saya bangga jadi ADUN BN. Titik,” katanya.

Semalam, Ketua bahagian PPBM Batu Pahat Dr Mohd Zaid Mohd Yusof mendakwa, terdapat ADUN Umno akan melompat parti kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.

Zaid mendakwa sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat itu awal bulan ini yang berlangsung di Bukit Perdana, Batu Pahat.

Pembangkang kini mempunyai 19 daripada 56 kerusi dalam dewan undangan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana