8,200 Kru Kabin Ditawar Cuti Tanpa Gaji....Di Singapore....Salah Najib Jugak Lah Ni

Siapa sangka SIA salah sebuah syarikat penerbangan dunia yang stabil turut mengalami kemerosotan dalam dunia peniagaan penerbangan . Suatu ketika dahulu apabila MAS mengalami kerugian hingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah berjimat cermat .

Ada suara sumbang dari rakyat Malaysia sendiri yang dihasut oleh ahli politik agar menyatakan tidak puas hati kepada kerajaan kononya Malaysia ini penuh korupsi hingga Syarikat Penerbangan Malaysia mengalami kerugian.

8,200 kru Syarikat Penerbangan Singapura, Singapore Airlines, SIA akan ditawarkan cuti tanpa gaji dalam usaha syarikat itu mengurangkan kos operasi.

Syarikat yang kini berdepan kemelut kewangan, akan melancarkan skim itu bagi tempoh tiga bulan bermula September.Ia melibatkan jawatan kru kabin dan ketua kru kabin.

Langkah itu juga bermakna SIA akan menjalankan perkhidmatan dengan kekurangan kru bagi tempoh tiga bulan itu.Ia dilihat sebagai sebahagian usaha syarikat untuk terus berada dalam pasaran yang semakin mencabar.

Singapore Airlines merekodkan kerugian dalam suku keempat bagi tahun kewangan lalu. Janganlah ingat kelembapan ekonomi hanya dirasai oleh malaysia. Seluruh dunia akan turut terjejas jika kemelesetan ekonomi melanda dunia.

Pakar pakar ekonomi dalam Facebook SIA mengalami kelembapan hingga terpaksa merehatkan perkerjanya adakah disebabkan PERDANA MENTERI KITA? Jadi tidak benarlah tuduhan pihak pembangkang dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bahawa Malaysia akan bangkrup jika tidak mengikut plan ekonomi yang mereka tetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana