1MDB: PAS cabar DAP jemput Arul beri penerangan...Mana Berani Nya DAP Tu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar DAP menjemput Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberi penerangan berkenaan skandal itu.

Cabaran itu timbul kerana DAP dilihat tidak berpuas hati dengan PAS selepas parti itu menganjurkan meja bulat berhubung pelan rasionalisasi untuk menjelaskan hutang 1MDB.

"Untuk makluman Dewan Rakyat, enam soalan daripada Ahli Parlimen PAS telah ditolak. Jadi atas dasar itu di luar Dewan ini, kira minta penjelasan daripada 1MDB terus daripada Presiden.

"Nasib baik kerana dia (Arul) setuju. Saya cadangkan DAP atau parti lain buat jemputan kepada 1MDB untuk perkara yang sama.

"Jangan buat tuduhan melulu kepada PAS. Ia tidak profesional jika peguam yang cakap begitu," katanya merujuk kepada tuduhan yang dibuat ahli parlimen DAP semasa berbahas di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Terdahulu pertemuan Ahli Parlimen PAS dan Arul pada Isnin lalu mencetuskan kekecohan di kalangan beberapa Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat hari ini, selepas selesai sesi soal jawab.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoal mengapa PAS mengadakan perbincangan itu di luar Dewan Rakyat, apatah lagi persoalan berkaitan 1MDB tidak boleh disentuh di dalam sesi persidangan.

"Tan Sri Speaker (Pandikar Amin Mulia) telah memutuskan bahawa soalan mengenai 1MDB adalah subjudis dan tidak boleh dibawa ke Dewan.

"Tetapi kelmarin ada satu pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya dengan PAS berkenaan 1MDB. Saya hendak bertanya sama ada tindakan Ketua Pegawai Eksekutif itu adalah tindakan yang merendahkan kewibawaan Speaker," soal ahli parlimen DAP itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee membalas persoalan Lim dengan mengatakan apa yang berlaku di luar Dewan adalah di luar bidang kuasa Speaker dan perkara itu tidak perlu dibahaskan.

Isnin lalu PAS mengadakan pertemuan meja bulat bersama Arul dan menyatakan pihaknya berpuas hati dengan pelan rasionalisasi bagi menyelesaikan 1MDB, namun mahukan Kementerian Kewangan melaporkan setiap perkembangan bersabit rancangan pemulihan itu kepada wakil rakyat di Parlimen.

Perjumpaan tertutup selama lebih tiga jam itu Arul turut menunjukkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB kepada mereka.

Tuan Ibrahim kemudiannya mengulangi gesaan agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu, sebelum Arul menyertai 1MDB.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment