Zambry ulas sikap biadap Azmin hina Perak...Inikah Dikatakan MB Selangor?

Bukan selalu Menteri Besar Perak melepas geram kepada rakan sejawat yang dianggapnya biadap tetapi terhadap Menteri Besar Selangor itu, ia menepati jangkaan umum.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara terbuka mengatakan rasa kecewa sikap biadap Datuk Seri Azmin Ali masuk ke Perak dengan melakukan pelbagai  fitnah dan penghinaan ketika berceramah di Perak baru-baru ini.

Biarpun kelakuan Azmin dianggap perbuatan dalam gelanggang politik tetapi bagi Menteri Besar Perak itu, “Perbuatan Menteri Besar Selangor itu sebagai satu perbuatan yang kurang beradab.”

"Saya boleh memahami sekiranya beliau (Azmin ) mengambil pendekatan politik kepartian untuk berceramah, tetapi saya tidak boleh menerima dengan ke tempat orang sambil mendabik dada dia yang terbaik dan negeri Perak tidak baik adalah perbuatan yang kehilangan adab saling menghormati,’’ katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Menurutnya Azmin tidak perlu berbangga dengan hujahnya tentang keadaan Selangor masakini kerana Selangor bukan dibina melalui `lampu ajaib’ Azmin.

Katanya, Selangor dibina sebagai sebuah negeri maju ketika dipimpin  oleh Barisan Nasional (BN) lagi.

"BN telah membina Selangor sehingga menjadi negeri perindustrian dan menjadi tumpuan pelabur dalam dan luar negeri,’’ tegasnya.

Menurutnya lagi, Azmin dalam ceramahnya di Perak baru-baru ini membayangkan seolah-olah beliau bertanggungjawab memajukan Selangor.

"Kitapun tahu.. . . rakyatpun tahu bahawa Selangor yang menjadi maju yang dibangunkan itu adalah ketika kerajaan BN lagi jadi tak bolehlah nak sebut bahawa waktu zaman dia (Azmin) Selangor maju.

"Jadi saya tak mahu masuk campur jadi oleh kerana dia datang ke negeri Perak menyentuh tentang negeri jadi sayapun nak kena sebut juga . . . jadi tak payahlah nak mendabik dada.

"saya harap tak payahlah kita nak timbul-timbulkan perkara-perkara untuk perbandingan yang tidak mendatangkan kebaikkan sebenarnya. . . sayapun sebenarnya tidak mahu mengambil pendekatan ini tetapi oleh kerana bila turun di kawasan `orang’ kita kena ada sikitlah budi bahasa . . .  beradab.

"Soal parti tak apalah itu soal pendekatan parti, dia nak kata Barisan Nasional ke, UMNO ke atau parti-parti itu dia punya pasal tetapi bila bercakap tentang negeri yang lain ..jadi bila kita mula melondehkan tentang orang ..jangan lupa orangpun boleh melondehkan kisah kita,’’kata Dr Zambry.

Katanya, dalam kontek negeri Perak walaupun Perak mendapat pengiktirafan demi pengiktirafan termasuk di peringkat antarabangsa khusus dalam program membasmi kemiskinan, pengurusan air terbaik negara dan pengurusan kewangan terbaik oleh Jabatan Audit Negara namun  tidak pernah mendabik dada dengan mencela negeri –negeri lain.

Katanya, Azmin  cuba memburuk-burukkan Perak dengan menyebut beberapa langkah kerajaan Selangor seperti mewujudkan program mikrokredit untuk usahawan, pemberian biasiswa, bantuan kepada bakal haji sedangkan insentif itu sudahpun dilaksanakan jauh lebih awal di Perak.

"Macam-macam lah yang dikatakan apa yang mereka buat di negeri Selangor..umpamanya program mokrokreditnya, pemberian biasiawanya bantuan kepada bakal hajinya dan insentif-insentif seolah-olah negeri Selangor yang buat sedangkan kita dah buat dah lama dah.

"Taklah kita dok heboh ke sana ke mari walaupun rakyat negeri Perak tahu jadi tak usahlah kita nak cerita bahawa bila nak bagi biasiswa..nak bagi bantuan mikrokredit seolah –olah mengatakan negeri Perak ni tak buat.

"Ada perkara perkara yang orang lain buat kita tak buat itu biasa tapi kalau kita memberikan perbandingan yang begitu menunjukkan umpamanya perkhidmatan-perkhidmatan bas seolah-olah kita tak pernah buat wal hal saya dah mulakan kira-kira lapan tahun yang lalu..inisiatif itu kerajaan negeri dah mulakan ..kita mula dengan Manjung kemudian diperingkat daerah-daerah ..tetapi kita taklah nak terlampau nak cerita itu yang terbaik dan sebagainya .’’ katanya.

Menurut Dr Zambry, beliau yakin rakyat Perak lebih bijak membuat penilaian dan menghargai komitmen kerajaan Perak yang sentiasa turun ke bawah termasuk melalui program Permukiman Menteri Besar yang dilaksanakan di setiap daerah sejak sekian lama.

Dalam sidang media itu juga, Menteri Besar mengumumkan kerajaan negeri  menyumbang pemberian insentif sebanyak RM25,000 kepada penerjun Negara,  Cheong  Jun Hoong yang meraih pingat emas acara 10 meter platform wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia, 20 Julai lalu.

Katanya insentif itu merupakan penghargaan terhadap usaha keras Jung Hoong dalam menempa nama dalam acara berprestij itu. ``Berdasarkan kriteria kemenangan dan peruntukan yang ada, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah insentif RM25,000 kepada Jung Hoong.’’

Jun Hoong, 27, anak kelahiran Perak berjaya meraih gelaran itu yang merupakan kali pertama Malaysia meraih emas sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuatik Dunia.

Kerajaan negeri sebelum ini memberikan insentif berupa sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru bernilai RM320,000 serta wang tunai RM15,000 atas pencapaian atlet itu merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio, tahun lalu.

Mengenai cukai pelancongan, Zambry berkata kerajaan negeri menyambut baik keputusan untuk memansuhkan Cukai Pelancongan ke atas rakyat Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 Ogos ini.

Menteri Besar menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah yang amat baik bagi membolehkan sector pelancongan dalam negeri berkembang maju.

"Saya berpendapat bahawa ini merupakan langkah-langkah bagi membolehkan sektor pelancongan dalam negeri dapat berkembang dan dapat sama memanfaatkan masyarakat  dan negeri-negeri.

"Ini juga membolehkan rakyat Malaysia dapat berjalan dan melancong di dalam destinasi yang disediakan dalam negara kita,’’ katanya.

"Jadi saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Nazri selepas mengadakan perbincangan dan mendengar pandangan serta maklum balas pelbagai pihak khususnya masyarakat Malaysia dan beliau bersama kabinet telah baut keputusan untuk mengecualikan rakyat Malaysia daripada sebarang caj. Ini merupanan langkah baik …saya setuju’’ kata Dr Zambry.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana