Zahid dedah taktik pembangkang pindah pengundi ke Johor

JELEBU: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan taktik pembangkang yang sedang memindahkan pengundi ke Johor bagi merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden Umno itu berkata, sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara, beliau sedar gerakan tersebut dan mengetahui kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang menjadi sasaran pembangkang.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu yakin Umno dan BN mampu mengekalkan kemenangan di negeri tersebut.

"Pada PRU-13 yang lalu, pembangkang lakukan usaha yang sama di Negeri Sembilan bagaimanapun tidak berjaya.

"Kali ini mereka fokus kepada Johor tetapi saya percaya orang Melayu dan pemimpin di Johor akan terus menyokong kita dan negeri itu akan kekal di bawah Umno, " katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jelebu di Dewan D'Sury Kuala Klawang di sini hari.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pemerhati Badan Perhubungan Umno negeri, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Persidangan itu turut dimeriahkan dengan Jamuan Aidilfitri yang dihadiri  ahli Umno dan penduduk sekitar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana