Zahid beri amaran...jangan sampai kita pula buka aib dan pekung Dr Mahathir...Buka Saja Apa nak Ditakuti

Isu U-Turn terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad yang sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan dakwa beliau dizalimi menjadi salah satu topik utama dalam ucapan Datuk Seri Zahid Hamidi ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk yang beliau ketuai.

Suara lantang Timbalan Perdana Menteri ulas panjang isu berkenaan berkumandang di Wisma UMNO Bagan Datuk, Hutan Melintang pagi Sabtu.

Sebenarnya sebelum ini jarang Zahid cakap dengan nada keras begitu mengulas gelagat bekas Perdana Menteri itu yang sudah banyak kali buat U-Turn dalam pendirian politik sejak masuk ke  pembangkang termasuk berpeluk mesra dengan Lim Kit Siang.

Baginya kenyataan yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat malam ulas isu berkenaan adalah petanda beliau sudah hilang sabar.

“ Ertinya PM dah tidak tahan dah.(Sedangkan) PM punyalah penyabar,”katanya.

Zahid sendiri cukup kecewa melihat gelagat Dr Mahathir yang terus menerus ‘ buat perangai’ melampaui batas sedangkan UMNO kuat sekali mendokongnya semasa pentabirannya selama 22 tahun dulu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri itu mempersoalkan bagaimana bekas Perdana Menteri itu boleh dakwa Anwar dizalimi sedangkan beliau yang mula sumbatnya ke penjara.

“ Dia kata Najib penjarakan Anwar...ingatlah dulu dia yang penjarakan Anwar…betul tidak…dia yang tuduh Anwar macam-macam…betul tidak.

“Sekarang ini U-Turn tuduh Anwar dizalimi kerana perbezaan pendapat politik ..

“Mungkin kita lupa pada tahun 1998 saya pun diberi habuan orang Dr Mahathir kena tahan ISA selama 10 hari,”katanya.

Zahid memberitahu kesan dari tindakan itu beliau hilang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,hilang jawatan Pengerusi BSN dan hilang kedudukan dalam empat syarikat tersenarai.

Selain itu beliau sipaksa buat pelbagai pengakuan.

“Melayu mudah lupa…itu kata dia…sebenarnya dia mudah lupa,”katanya.


Katanya bagi Dr Mahathir semua orang tidak betul kecuali dirinya sedangkan pada zaman pentabiran nya dulu banyak kesilapan juga dilakukan.

Menurutnya sebagai manusia biasa, Dr Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan namun semua itu ditutup demi menghormatinya.

"Isu BMF (Bumiputera Malaysia Finance), syarikat Perwaja (Steel Berhad) diselamatkan, syarikat MISC (Malaysian International Shipping Corporation) diambil alih oleh anaknya, PROTON ditubuhkan dan akhirnya rugi berbilion ringgit, kerugian FOREX berbilion ringgit....ini zaman siapa?" katanya.

“Zaman beliau sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka,”katanya.?

Timbalan Perdana Menteri menegaskan Dr Mahathir sepatutnya jaga mulutnya.

Katanya beliau juga tidak harus bersikap habis madu sepah dibuang.”Ingatlah jasa UMNO kepada kamu…kamu berada di situ kerana UMNO,”katanya.

Zahid juga bertanya apa manafaat yang Dr Mahathir tidak dapat selama jadi Perdana Menteri 22 tahun.

“Anak-anak dia tak ada manafaat…tipu…berapa anak dia yang jadi kaya raya…itu soal peribadi kita tak mau sentuh.

“Tetapi jika beliau sentuh lagi UMNO dna menanamkan sifat kebencian..kita akan lakukan sesuatu yang lebih keras,”tegasnya.

Zahid juga mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir ajak lupakan  hal-hal lampau mengenai dirinya.

Katanya dulu masa bermusuh dengan Lim Kit Siang ajak semua marah pada pemimpin DAP itu,kini berbaik nak suruh lupa.

Begitu juga halnya masa permusuhan dengan Anwar dulu.

Timbalan Perdana Menteri menilai gelagat Dr Mahathir membuatkan Malaysia agak pelik.

Beliau memberitahu belum pernah dengar di negara lain ada bekas pemimpin terus kritik semua pemimpin yang gantinya.

Menurutnya paling tidak seperti di Australia bekas Perdana Menteri kritik Perdana Menteri baru dan di Amerika bekas Presiden kritik Presiden baru sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana