YDP Agong perkenaan tubuh RCI siasat rugi forex Bank Negara

Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan (RCI) untuk siasat kerugian akibat urusan niaga mata wang asing berbuatkuasa 15 Julai.

Suruhanjaya ini akan selesaikan siasatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kuatkuasa penubuhannya dan akan sembahkan laporan  kepada yang Dipertuan Agong.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Selasa kata suruhanjaya itu akan dianggotai oleh empat orang diketua Pengerusi Tan Sri Sidek Hassan yakni Pengerusi Petronas dan bekas Ketua Setiausaha Negara.

Empat anggota ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said,CEO Bursa Malaysia Berhad,Datuk Seri Tajuddin Atan,Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan ,Tan Sri Saw Choo Boon,Ahli Institut Akauntan Malaysia yang juga Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, Pushpanathan S A Kanagarayar.

Baginda turut memperkenankan pelantikan Setiausaha Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail sebagai setiausaha suruhanjaya.

Kenyataan pejabat Perdana Menteri menjelaskan lantikan Sidek sebagai Pengerusi dan Saw sebagai ahli adalah bagi mewujudkan kesinambungan memandangkan mereka telah menganggotai Pasukan Petugas Khas yang sama sebelum ini.

Keangggotaan ahli lain mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang yang berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan oleh sururuhanjaya itu.

Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:

i. menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.

ii. menentukan sama ada penglibatan BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.

iii. Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.

iv. Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian BNM serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan

v. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Sebelum ini Pasukan Petugas Khas yang membuat siasatan awal telah mencadangkan penubuhan RCI ini kerana mendapati ada kes prima facie dalam kerugian dialami oleh Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing semasa pentabiran Tun Dr Mahathir Momahad.

Ia juga mendapati dipercayai terdapat elemen untuk mengelirukan kerajaan dan Parlimen dalam hal berkenaan.

Kerugian berkenaan dilapor media mencecah RM40 billion.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment