YB Sham . . . . Hero UMNO di Kerian

Hari ini apabila kita menyingkap semula sejarah politik tidak syak lagi hero  atau wira UMNO bagi kawasan Alor Pongsu dan daerah Kerian keseluruhannya tentu sahaja  YB Datuk  Sham Mat Sahat.

Sejak bergelar YB sepanjang tiga penggal, beliau adalah hamba rakyat sehingga kelibatnya seringkali kelihatan sama ada di majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan atau kematian. Begitu juga  pada ketika hari-hari biasa seperti di pasar dan  sebagainya.

Pendek kata kerana faktor keramahan serta memahami erti dan tugas sebenar sebagai wakil rakyat,  Sham menjadi benteng penghalang bagi penguasaan pembangkang menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum di daerah Kerian.

Lantas popularitinya kekal sehingga ke hari ini seperti mana populariti mentornya Datuk Zainal Abidin Zin.

Justeru sekali imbas sejak tiga penggal menjadi wakil rakyat, beliau melakukan tugas wakil rakyat dengan  menabur baktinya kepada para pengundi di kawasan DUN Alor Pongsu dengan rela hati.

Baginya menang atau kalah dalam pilihanraya adalah lumrah kerana ia adalah adat bertanding tetapi yang lebih penting perkhidmatan mereka. Rakyat harus didahulukan seperti yang dilakukan.

Malah sejak 2004 lagi sebaik dipilih sebagai wakil rakyat, UMNO mengharapkan keajaibannya mempertahankan imej kerajaan. Kerian bukan kawasan kacang putih yang mudah ditembusi oleh UMNO.

Apa tidaknya  DUN Selinsing dan Gunung Semanggol yang dulunya dikuasai BN kini  dikuasai pembangkang.

Kemampuan sebenar  YB Sham atau lebih dikenali dengan sebutan `Bapak’ bagi penduduk terutama pengundi di kawasan yang diwakili itu dilihat melalui peranan dan pekertinya—YB kita ikut rasmi padi makin menunduk makin berisi.


Berbanding rakan-rakan BN lain, Sham ada cara tersendiri mendekati pengundi, seperti diulasnya kepada wakil Agenda Daily dalam satu pertemuan esklusif:`` Saya sebenarnya biasa sahaja . . . tapi yang pentingnya kita kena mendengar apa juga masalah rakyat. . . apa juga masalah yang ditimbulkan rakyat kita kena mendengar dulu teliti sama ada kita boleh selesaikan ataupun tidak.

``Kalau perkara itu memang sukar untuk diselesaikan kita bawa ke peringkat yang lebih tinggi . . . tapi kalau perkara itu kita boleh selesai diperingkat kita sendiri kita selesaikan dengan cepat,’’ katanya ketika ditemui meraikan lebih 10,000 tetamu di majlis rumah terbuka Aidil Fitri di kediamannya di Kampung Parit Jawa, Bagan Serai baru-baru ini.

Menurut Sham, sebagai wakil rakyat yang diberi amanah, beliau seringkali turun ke lapangan melihat keadaan kampung, pembangunan jalan-jalan kampung dan paling penting mendengar permasalahan penduduk serta mencari jalan sebaik mungkin untuk mengatasinya.

``Isu rumah sebagai contohnya kita ambil tindakan baik pulih rumah yang telah uzur dan begitu juga mengambil usaha mencari jalan membina rumah baharu bagi penduduk yang tiada tempat tinggal.

``Walaupun lambat tapi kita sentiasa cari jalan. . . jangan kita tak buat langsung walaupun lambat tapi kita ada tindakan tetapi kalau dok diam kita tunggu je rakyat di pusat khidmat. . . tunggu rakyat datang  dengan masalah. . . ini yang menyebabkan kadang-kadang rakyat merasa kecewa.

``Kadang-kadang rakyat telefon kita langsung tak layan… yang ni kita kena turun ke bawah mendengar apa juga masalah rakyat walaupun masalah yang dibangkitkan di luar kemampuan  untuk seorang Adun . . . tetapi kita tidak putus asa, kita sentiasa lihat di mana jalan penyeleaian yang terbaik . . . itupun dia bersukur,’’ katanya.

Sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuatkan Sham amat akrab dengan penduduk, lebih-lebih lagi dengan sikapnya yang terbuka dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira perbezaan kabilah politik.

  “Baik Melayu, Cina dan India, mahupun yang berlainan fahaman politik, mereka boleh datang jumpa saya bila-bila masa dan saya akan tetap membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Tiada batasan untuk berurusan kerana saya adalah wakil rakyat mereka,’’ katanya.

 
  Jika sebelum ini masalah peparitan, pengairan sawah bendang, jalan kampung dan banjir menjadi masalah utama penduduk kampung, tetapi masalah itu sudah dapat diselesaikan.

  “Isu banjir contohnya, yang kerap menjadi masalah kepada penduduk di DUN Alor Pongsu sejak sekian lama, kini sudah dapat diatasi dengan adanya projek tebatan.

  “Dengan adanya projek tebatan banjir ini, ia dapat mengurangkan kejadian banjir besar seperti yang pernah berlaku dalam kawasan DUN Alor Pongsu tidak lama dahulu,” ujarnya.

Ditanya kehendak pengundi yang mahu beliau terus kekal menjadi wakil rakyat mereka sama ada di DUN Alor Pongsu mahupun bertanding kerusi parlimen pada PRU ke 14 nanti ini Datuk Sham berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

``Soal bertanding kerusi Parlimen..saya serah kepada Presiden parti.. kalau depa memikirkan saya layak untuk pergi ke Parlimen saya sanggup untuk tawarkan diri tapi kalau mereka kata saya perlu pertahankan kerusi DUN juga  saya mengikut apa juga keputusan pucuk pimpinan parti dan kalau sekiranya parti kata saya berhenti saya maka saya serahkan kepada pucuk pimpinan.

``Saya ambil pendekatan lain sama ada dicalonkan semula tak dicalonkan semula itu urusan Presiden parti dan pucuk pimpinan UMNO ..tapi tugas saya kepada rakyat ini janji kepada rakyat saya kena habiskan.

``Kalau katakan pilihan raya bulan sepuluh (Oktober) sampai bulan September saya kena bekerja lagi untuk rakyat ini prinsip saya….saya boleh ambil pendekatan tak payah buat jamuan raya melawat kawasan …saya boleh relek makan gaji tapi saya jenis buat kerja siang malam bersama-sama jawatankuasa saya sampai diumumkan pilihanraya lepas itu lepas pilihan raya  itu cerita lain,’’ katanya.

Ditanya mengenai manifesto janjinya kepada rakyat, Datuk Sham berkata, beliau berjanji kepada rakyat untuk membawa pembangunan dan perumahan yang telahpun beliau tunaikan.

``Hari inipun ada satu projek perumahan sedang berlaku iaitu projek rumah mampu milik membabitkan 190 unit rumah dibawah kendalian PKNPk berhampiran Plaza TOL Alor Pongsu di mana kerja-kerja menolak tanah sedang berjalan,’’katanya.

Selain itu menurut Datuk Sham, beliau sedang mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan 200 unit rumah kos rendah seperti yang telah beliau janjikan kepada rakyat.

Mengenai kehadiran gabungan parti-parti Pakatan Harapan yang dijangka mencuri peluang bagi menawan kerusi DUN dan Parlimen Bagan Serai, katanya, UMNO dan BN sudah siapsiaga bagi menghadapi tentangan pembangkang dan optimis BN mampu menawan kembali kerusi DUN Selinsing dan Gunung Semanggol yang kini dikuasai PAS.

Datuk Sham meramalkan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kerian terutama dalam Parlimen Bagan Serai namun ia tidak menjadi ancaman kepada BN.

``Jentera parti kita sudah bersiap sedia 90 peratus bagi menghadapi PRU ke-14..kita telah bergerak keperingkat akar umbi berjumpa rakyat dan mengenalpasti permasalahan mereka.

``Pada pandangan saya kalau satu lawan satupun kita boleh menang tapi advantage kalau tiga  penjuru kita mudah menang tapi tidak mahu ambil ringan benda ni sebarang kemungkinan boleh berlaku maka kita terus komited bekerja untuk rakyat tiada masalah,’’ kata Datuk Sham.

Untuk rekod Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Sham Mat Sahat (Barisan Nasional, (BN) 7,112 menewaskan Hamzah Omri (Keadilan) 3,696. Pada PRU ke 12 Kerusi Alor Pongsu pula yang disandang Datuk Sham Mat Sahat selama dua penggal dilihat goyah apabila daripada 3,416 majoriti undi diraih pada PRU11 turun mendadak kepada 95 sahaja untuk menang ke atas calon PKR.

Keputusan PRU ke 13 pula menyaksikan N10 Alor Pongsu : Sham Mat Sahat – BN (8,286) Rosli Ibrahim – PKR (6,090) Shamsul Amir Ramly – Bebas (105) Menang- BN dengan majoriti 2,196 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana