"YB PAKATAN HARAPAN TERDESAK TUMPANG POPULARITI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL"

BACA FAKTA NI DULU.

1. Jambatan ketiga yang menghubungkan Klang Utara dan Selatan sebenarnya inisiatif zaman pentadbiran BN DS Khir Toyo. Projek tersebut tertangguh kerana berubahnya pentadbiran kerajaan negeri pada 2008 apabila BN gagal mengekalkan tampuk pemerintahan negeri Selangor pada PRU12 dan zaman pentadbiran TS Khalid Ibrahim beliau bersetuju menyambung melaksanakan projek jambatan tersebut.

2. Kini YB Rodziah ADUN Batu Tiga cuba nak menumpang nama dan populariti dengan menjual "kejayaan" seolah-olah beliau & kerajaan Pakatan lah yang menjadi hero dalam projek jambatan ini.

3. YB Rodziah cuba mencari publisiti murahan dengan bangganya menyatakan Jambatan ketiga Klang tidak dikenakan TOL dan menyatakan kalau BN yang buat jambatan tersebut sudah tentu akan dikenakan TOL.Kenyataan seperti ini dilihat agak terdesak dan memerlukan perhatian.

4. Hakikatnya sudah 2 jambatan dibuat pada zaman pentadbiran BN untuk menghubungkan Klang Utara dan Selatan dan juga TIDAK dikenakan TOL.Sedangkan banyak lebuhraya yg dikenakan TOL di Selangor adalah dibawah anak syarikat kerajaan Selangor.Kenapa tak hapuskan terus? Negeri Kebajikan?

5..YB Rodziah patut bersyukur jambatan ketiga yang baru siap adalah atas idea dan inisiatif kerajaan BN dan beliau tidak perlu ambil kesempatan mencari publisiti murahan membuat kenyataan kononnya jika kerajaan BN yang buat jambatan pasti akan dikenakan TOL.Sedangkan banyak jalan yang dibuat selama ini bukan semua dikenalkan TOL.Highway Pan Borneo beribu KM tiada TOL.

7. Sangat memalukan dan memualkan kita ada pemimpin begini yang hanya pandai bermain politik dan hanya pandai bermain kata-kata untuk menyedapkan halwa telinga rakyat.Dan tugas mereka hanya mampu memburuk-burukkan kerajaan pusat.Tak perlu jadi YB kalau hanya itu yang mampu.Cari salah memang mudah.Saya pon boleh 😆

10. Hakikatnya rakyat sudah muak dengan budaya pemimpin Pakatan yang hanya retorik tapi realitinya di kawasan langsung tidak mampu mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat contohnya di Shah Alam.YB2 Pakatan Harapan tak nampak batang hidung paling susah nak turun padang.Tiada perubahan berlaku di Shah Alam sejak 2 penggal mereka diberi kuasa.Jalan berlubang , rumah urut bertambah, air tak selesai.Kes Denggi meningkat.Landskap tidak dijaga dengan baik.

Untuk orang muda? ekonomi? usahawan muda? pendidikan? sukan? Perumahan ? Apakah PERUBAHAN yg telah dilakukan YB Pakatan Harapan di SHAH ALAM ? SELANGOR apatah lagi...

CUKUPLAH TIPU RAKYAT!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana