WANITA UMNO YAKIN BN ‘SAPU BERSIH’ KERUSI DALAM PARLIMEN TENUM

Pergerakan Wanita UMNO Tenom optimis Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih ketiga-tiga kerusi di Parlimen Tenom termasuk dua kerusi negeri untuk BN.

Ketuanya, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan kuat yang ditunjukkan oleh rakyat di kawasan itu.

“Kami akan pastikan ketiga-tiga kerusi ini terus dipertahankan oleh BN. Pembangkang tidak kuat di sini.

“Sebanyak 98 peratus rakyat di sini masih menyokong BN,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini semalam..

Rahmahjan juga berkata program Jalinan Rakyat aktif bergerak mendekati rakyat, terutama di kawasan kampung dan akan terus bekerja demi kebajikan rakyat serta membawa imej kerajaan BN yang prihatin dan penyayang.

Mengenai desas-desus mengatakan beliau akan dicalonkan untuk kerusi negeri bawah Parlimen Tenom, Rahmahjan menafikannya dan berkata sekiranya beliau berhasrat menjadi calon dikhuatiri masyarakat Murut yang menjadi majoriti di kawasan itu akan merasa kecil hati.

“Biarlah masyarakat Murut yang menentukan siapa calon pilihan mereka. Bagaimanapun saya akur kepada keputusan kepimpinan parti untuk menentukan siapa yang akan dicalonkan pada PRU akan datang,” katanya.

– Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana