Wan Azizah, Nurul Izzah Selamatkan Diri Pindah Kerusi Parlimen

Kedudukan kerusi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar dijangka akan berubah bagi menghadapi percaturan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), lapor akhbar Cina, Kwong Wah Daily.

Wan Azizah yang sebelum ini bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan bertanding di Parlimen Petaling Jaya Selatan di Selangor yang sebelum ini ditandingi calon PKR, Hee Loy Sian.

Hee Loy Sian pula akan beralih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun akan diisi oleh anak sulong Anwar, Nurul Izah yang juga Naib Presiden PKR.

Namun, akhbar itu tidak menamakan siapakah yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai, kerusi yang ditinggalkan Nurul Izzah itu.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini tewas di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah dilaporkan akan bertanding di DUN di Pulau Pinang, berkemungkinan di Penanti, sebagai persediaan untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ia selaras dengan pelantikan Saifuddin sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng awal tahun ini.

Penyandang kerusi DUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin dikhabar akan balik ke Selangor dan bertanding di Kajang, tempat yang sebelum ini diwakili Wan Azizah.

Keputusan ini bagaimanapun menunggu lampu hijau daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman yang juga sekutu Azmin di Pulau Pinang pula dikhabarkan mahu kembali bertanding semula di kerusi DUN.

Sebelum ini Mansor adalah ADUN Penanti yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sebelum diganti oleh ADUN PKR Pantai Jerejakk, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Di kawasan Parlimen Padang Serai di Kedah pula, penyandangnya, N. Surendran yang aktif di Lembah Klang dijangka digantikan ekoran rekod perkhidmatannya yang kurang memuaskan di Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana