Wajah yang curi perhatian di majlis PM…

Ini salah satu gambar masa majlis kesyukuran dan doa sempena hari jadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke 64 di Seri Perdana,Putrajaya Ahad malam yang agak mencuri perhatian.

Agak menarik…bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah ( kanan,baju melayu kelabu) tersenyum melihat aksi Datin Seri Rosmah Mansor dan Najib.

Kalau tidak silap ini adalah gambar pertama Ahli Parlimen Tambun itu bersama Perdana Menteri sejak letak semua jawatan kerajaan dan politik pada Julai 2016.

Beliau mengambil langkah itu kerana dikatakan enggan berpindah ke kementerian lain semasa rombakan kabinet dibuat oleh Perdana Menteri.

Selain Menteri Kewangan Kedua,Husni juga letak jawatan Bendahari UMNO Malaysia ,Ketua UMNO Bahagian Tambun,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Beliau hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Tambun.

Husni baru-baru ini hadir pada majlis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di kem polis hutan Ulu Kinta yang terletak di kawasan Parlimen Tambun.

Kehadiran beliau pada majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri difahamkan adalah petanda jelas  ‘perubahan’ positif dalam hubungan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana