Viral: Bihun Sup Berapi ‘Cekik Darah’ ...Kita Viralkan Nak Cepat Kaya

PETALING JAYA: Selepas reda sedikit kes nasi campur yang tular kerana mengenakan harga RM32 sepinggan pada Mei lalu, kini giliran kedai 'Bihun Sup Berapi' pula didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada pelanggan.

Aswan Chik menerusi posting di Facebook pada Isnin lalu mendakwa kedai tersebut gagal memberitahu harga sebenar hidangan sebelum tempahan dibuat.
"Memang nak mengena orang. Masa 'order' tanya harga semangkuk, depa cakap lepas makan baru kira.

"Ingatkan macam biasa semangkuk RM5, rupanya depa takut nak bagi tau harga. Bila nak bayar baru bagi tahu RM13.50 semangkuk."Kalau tahu, tak lapar makan bihun sup macam tu. Dah tak sedap, kuah rasa (bahan perisa) punya banyak," luahnya.

Lelaki itu mendakwa, harga keseluruhan makanan dan minuman iaitu bihun sup dua mangkuk dan Teh O ais dua gelas adalah RM31.
Posting yang dimuat naik oleh Aswan Wanchik menerusi akaun Facebooknya.
Aswan Wanchik yang kecewa dengan situasi itu dipercayai mengingatkan orang ramai nama kedai tersebut agar tidak mengalami perkara yang sama.

"Ingat nama kedai ni, Bihun Sup Berapi (terletak) depan Longwan Kepala Batas, Pulau Pinang.
"Memang berapi, berapi kerana harganya mencekik darah," tulisnya pada posting tersebut.
Sebelum ini, memetik laporan Sinar Harian, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada sebuah warung.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, notis itu dikeluarkan pada 24 Mei selepas melakukan pemeriksaan terhadap warung yang tular di media sosial kerana mengenakan caj harga tidak munasabah untuk sepinggan nasi campur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana