Video Cara Pembangkang “Jual” Negara

Telah banyak artikel yang dipaparkan tentang konspirasi asing dan agenda mereta  diseluruh dunia, dan rancangan mereka  untuk “membeli” sesebuah negara yang mana mereka melihat kepentingan-kepentingan yang besar untuk mereka meneruskan kuasa-kuasa monopoli terhadap ekonomi.

Perancangan jahat mereka ini selalunya dengan menggunakan warganegara negara sasaran mereka untuk mencapai hajat yang mereka inginkan. Perkara ini sedang dilakukan oleh Pakatan Harapan di Malaysia.

Pakatan Harapan sedang “menjual negara’ ini kepada Negara asing dengan mempamerkan dan memburukan Negara dengan isu fitnah dan mahukan campurtangan asing menangani isu dalam Negara ini.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan sumber alam dan sejak dari dulu lagi negara ini menjadi perhatian kuasa besar dunia mencari bahan mentah di sini.

Keduanya perkara yang dicemburui negara luar ialah kepelbagaian bangsa, bahasa, budaya dan agama yang boleh hidup secara aman dan harmoni di sini.

Manusia tidak pernah terlepas daripada perasaan cemburu dan iri hati, tak kisahlah sama ada dia lelaki ataupun perempuan, orang Melayu ataupun kaum lain, kulit cokelat ataupun kulit putih. Itu perkara normal

Malaysia juga terletak diantara laluan utama  iaitu Selat Melaka  yang menghubungkan ke Laut China Selatan, Laluan ini penting bagi kuasa barat untuk menyekat penguasaan ekonomi yang diterajui oleh negara China.

Sasaran Malaysia  oleh kuasa barat adalah merupakan misi Asia  Tenggara yang amat penting. Dengan menguasai Malaysia mereka akan dapat menyekat penguasaan China dalam perkembangan ekonomi di Asia tenggara.

Bagaimanakah mereka akan melakukan, Jika kita lihat sejarah silam dan sejarah-sejarah barat melakukan konspirasi  terhadap negara teluk untuk menguasai sumber minyak. Rata-rata kesemua negara teluk masa kini telah pun  tersungkur dan barat telah dapat menguasainya dengan sepenuhnya.

Mereka mengunakan  warganegara didalam negara yang menjadi sasaran untuk melumpuhkan kerajaan sedia ada. Bergitulah halnya terjadi di Malaysia. Pembangkang menawarkan pelbagai kemudahan kepada Negara asing bila berkuasa.

Pelabuhan, Pengkalan tentera hubungan bersama Israel dan banyak lagi asalkan campurtangan asing berlaku. Dasar penindasan juga dilakukan  terhadap bumiputera dengan penghapusan apa yang menjadi hak.

Jika kita lihat video yang akan saya paparkan ini, mungkin anda akan mula berfikir, kenapa setiap negara yang bakal ditumbangkan akan berlaku perkara yang sama diseluruh dunia.

Dahulu kita membaca bagaimana Anwar meminta bantuan IMF, Meminta bantuan pelbagai pihak negara asing untuk membantu  dan meneruskan politik mereka. Ganjaran demi ganjaran dijanjikan jika berkuasa. Itu yang kita nampak, bagaimana yang lainnya.

Agenda perancangan  tetap sama. Tapi fokus utamanya di sini ialah mengambil alih pemerintahan negara dengan cara demokrasi kononnya padahal rakyat bakal ditipu hidup-hidup Anwar dan DAP serta PPBM tanpa sedar. Agenda yang dibawa Anwar Ibrahim serta PPBM dan DAP  jauh lebih besar berbanding yang kita lihat hari ini.

Justeru itu, jangan kita terpedaya lagi dengan agenda tersembunyi pembangkang yang mana rata-rata menggunakan negara asing untuk mencampuri urusan negara ini. Kita ada cara kita Sebagai rakyat  kita seharusnya menolak Pembangkang dalam negara ini secara total dalam pilihanraya nanti.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana