UMur Sudah 92 Tahun...Kerajaan Kesian Sangat Nak Tangkap!!!!! Mahathir Desak Kerajaan Supaya Tangkap Dia Untuk Alih Perhatian Rakyat

Selepas macam-macam cara terus gagal, kali ini Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad sedang berusaha keras untuk meletakkan dirinya kononnya umpama mangsa politik rakus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mendesak kerajaan menangkapnya.

Beliau menyuruh Najib menangkapnya kerana menafikan pembabitannya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah kerana takut ditangkap kerana penyelewengan ketika skandal dagangan mata wang asing (Forex) pada sekitar 90-an.

Sebelum itu, Najib tidak mengatakan bahawa beliau akan ditangkap sebaliknya Najib berkata bahawa Mahathir ketika ini sedang panik bimbang namanya akan didedahkan sebagai dalang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan nanti.

Kenapa asyik suruh tangkap sedangkan belum pernah lagi selama ini hasil siasatan RCI membawa kepada apa-apa pendakwaan mahkamah.

“Kita berani walaupun ugutan tangkap dibuat, walaupun badan tertentu ditubuh untuk mengkaji kesalahan pemimpin dahulu, kononnya hendak tangkap orang ini.

“Kalau Najib hendak tangkap saya, tangkaplah. Perjuangan kita tidak akan disiakan hanya kerana tiada pemimpin kerana apa yang lebih penting adalah matlamat perjuangan.

“Matlamat perjuangan kta adalah mulia iaitu untuk selamatkan rakyat daripada penindasan oleh seorang yang begitu tamak sehingga sanggup menyalahgunakan kuasa,” kata Mahathir ketika berucap di Rumah Terbuka Hari Raya PPBM di Melaka, baru-baru ini.

Jika Mahathir ditangkap, dia akan diangkat sebagai hero kerana pemimpin di zamannya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana cuba mendedahkan sesuatu yang bertentangan dengan caranya.

Ini hanyalah taktik Mahathir untuk alih perhatian rakyat yang sedang menunggu siasatan RCI bermula untuk melihat sejauh mana kaitan Mahathir dalam kerugian berbilion ringgit Bank Negara Malaysia (BNM) dalam skandal Forex berkenaan.

Pasukan Petugas Khas yang diwujudkan untuk menjalankan siasatan awal mendapati kerugian sebenarnya adalah lebih daripada RM30 bilion seperti yang didedahkan sebelumnya. – pru14.tv 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana