UMNO LAGI MENYESAL PILIH TUN M JADI PRESIDEN – ISMAIL SABRI

Sekiranya mantan Perdana Menteri, Dr Tun Mahathir Mohamad kesal memilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin negara, sebenarnya UMNO lebih kesal memilih pemimpin veteran itu sebagai ketua negara suatu ketika dahulu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri mendakwa ‘dosa besar’ yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri itu sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana menyusahkan kepimpinan hari ini susulan segala projek mega semasa era pemerintahannya diberi kepada kroninya sahaja.

“Kalau Tun M kata dia kesal pilih Najib sebagai Presiden UMNO , UMNO mungkin lebih kesal pilih dia sebagai presiden parti kalau tahu perangai dia macam ni.

“Dia perlu tahu pemilihan Najib berdasarkan kepada kriteria, apa yang ada pada dia, menenuhi keperluan sebagai Perdana Menteri.dan orang UMNO waktu itu memang nak Najib sebagai Perdana Menteri.

“Mungkin dalam kepala Dr Mahathir nak pilih orang lain tapi melihat sokongan kepada Najib untuk jadi PM maka dia kena pilih juga dan kita tak tahu apa kesalahan PM kita sehingga Mahathir fikir sampai macam itu sekali,” katanya selepas merasmikan Seminar Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd (NARSCO) kali ke-33 di Ampang, Selasa.

Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata rakyat sepatutnya menilai kelemahan pentadbiran Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum menuding jari ke atas kerajaan sekarang.

“Kita lihat dulu Dr Mahathir dengan isu FOREX, Proton lagi, Perwaja dan projek mega yang hanya diberikan kepada kroni dia sahaja, kalau fikir balik, tak betul apa yang Mahathir buat dulu.

“Sekarang kita dah buat pilihan Najib adalah pemimpin kita, maka dia akan buat yang terbaik untuk kita semua,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. – BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana