UMNO dan PAS hipokrit kerana berkasar dengan pesalah Islam kata Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim menggelar pemimpin Umno dan PAS sebagai “hipokrit terdesak” yang sanggup mengorbankan kebajikan orang Melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi, berikutan reaksi timbalan perdana menteri terhadap sebatan khalayak bagi kesalahan syariah di Kelantan.

“Apa yang boleh saya cakap adalah pemimpin PAS dan Umno tidak mempedulikan kebajikan umat Islam, selagi politik mereka bertahan,” kata ahli politik DAP itu di Twitter.

Bekas menteri itu menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang berkata kerajaan Kelantan berhak membentangkan rang undang-undang pindaan enakmen yang membolehkan pesalah di negeri itu disebat di khalayak ramai, Zahid, yang juga pemangku timbalan presiden Umno, berkata pindaan enakmen itu hanya mempunyai implikasi kepada orang Islam di Kelantan dan tidak melibatkan orang bukan Islam di sana.

“Saya tidak menerima butiran tentang pembentangan rang undang-undang dan pindaan itu tetapi saya rasa apa yang mereka lakukan perlu dilihat dalam konteks undang-undang ini yang hanya diguna terhadap penganut Islam di Kelantan,” katanya lapor Bernama.

Namun Zaid berkata semua orang, termasuk ahli PAS dan Umno, tahu langkah itu bermotifkan politik oleh individu yang ingin menunjukkan mereka pemimpin Islam yang lebih baik.

Beliau mendakwa para pemimpin itu tidak ada yang lebih baik untuk ditawarkan kepada mereka yang menderita dan hanya berminat bercakap mengenai menghukum orang Islam.

“Oleh sebab itu, saya rasa reaksi keseluruhan dari kedua-dua pemimpin Umno dan PAS hampir meloyakan dan saya tidak mampu menggambarkannya,” kata bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu ketika dihubungi.

Zaid berkata pemimpin Islam seperti itu mengambil kesempatan daripada ketakutan orang Islam untuk melanggar undang-undang Tuhan, yang menurut beliau ditakrifkan oleh pihak itu.
Beliau berkata terdapat banyak negara Islam yang tidak melaksanakan sebatan.

Malangnya, pemimpin Malaysia tidak bertanggungjawab dan ini memburukkan nama negara, katanya.

“Kita bergerak ke belakang dan bukannya cuba mencari jalan ke depan.

“Kita cuba desak pemimpin kita menjadikan negara ini lebih baik; sebaliknya mereka jadi kuno.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana