Tun Mahathir tak mahu cabar Najib di Pekan...Pulak Doh

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan - kubu kuat Perdana Menteri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Dr Mahathir sebaliknya berkata kemungkinan akan bertanding di sebuah kerusi DUN di negeri asalnya, Kedah.

“Saya nak bertanding tempat yang mudah (untuk menang),” kata Dr Mahathir di Putrajaya.

“Saya ada banyak tanggungjawab. Saya tak boleh berkempen untuk diri sendiri. Mungkin di Kedah, mana yang mudah (untuk menang). Tapi tidak di Pekan,” katanya.

Pekan merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan Najib menang dengan 51,278 undi menentang Fariz Musa daripada PKR yang mendapat hanya 15,665 undi dalam pilihan raya umum pada 2013.

Najib memenangi kerusi itu pertama kali pada 1976 ketika berusia 23 tahun. Najib terus memegang kerusi Parlimen itu hingga kini.

Sekiranya Dr Mahathir bertanding dalam PRU14, ini adalah kali pertama dalam tempoh 75 tahun beliau dalam politik bertanding atas tiket pembangkang.

Pada Sabtu, Sin Chew Daily melaporkan Dr Mahathir mungkin akan bertanding satu lawan satu menentang Najib, yang menyandang kerusi Pekan.

“Saya tak kata saya nak bertanding, Saya kata jika tiada calon lain, saya akan pertimbangkan,” kata pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana