Tun Mahathir sanggup berpaling tadah, pengkhianat UMNO

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai pengkhianat UMNO apabila sanggup berpaling tadah dan menyokong pakatan pembangkang demi merealisasikan kepentingan peribadinya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata ia jelas dibuktikan menerusi beberapa pusingan U yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu, berhubung pendiriannya dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dahulu, Dr Mahathir sendiri yang laungkan bahawa Anwar ini jijik dan ia disebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi, tetapi hari ini beliau pula kata sebaliknya.

“Dr Mahathir secara tiba-tiba membuat pusingan U dengan menyatakan bahawa pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil dan tidak melalui sistem perundangan yang betul.

“Justeru, ini jelas menunjukkan keperibadian beliau yang sanggup mengkhianati UMNO yang pernah diterajuinya selama 22 tahun sebelum ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Wanita UMNO Kepala Batas hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, pakatan pembangkang cuba menggunakan saman sivil berhubung isu 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mewujudkan ‘pre-judgement’ dalam kalangan rakyat.

“Umum mengetahui bahawa saman sivil berbentuk naratif ini tidak mempunyai sebarang pertuduhan, selain ia hanya diperbesarkan oleh pembangkang untuk mewujudkan sentimen negatif terhadap kerajaan sedia ada.

“Justeru, ahli UMNO perlu kembali berpegang kepada cogan kata parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ untuk memberi penjelasan kepada rakyat, sekali gus menangkis dakyah pembangkang,” katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan persidangan berkenaan, Zambry berkata, ahli dan kepemimpinan UMNO perlu membuat persiapan secukupnya untuk menghadapi serangan politik pihak pembangkang, khususnya bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Serangan mereka (pembangkang) ini jelas berbentuk Goebbels, iaitu propaganda yang disusun dengan sistematik, selain disampaikan secara berulang bagi memastikan ia secara tak langsung melekat di hati rakyat.

“Selain itu, ahli dan pemimpin UMNO juga tidak boleh angkuh dengan kuasa yang diberikan pengundi. Kita tidak boleh sentiasa beranggapan bahawa orang ramai akan tetap menyokong kita sampai bila-bila, seperti apa yang dilakukan pembangkang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana